Digimon menjadi antara francais yang sentiasa mempunyai anime, permainan video dan produk untuk peminat dedikasi mereka.
Kali ini Digimon mengumumkan mereka akan melancarkan permainan video mudah alih kad versi mereka sendiri.
Pengumuman ini dibuat di laman rasmi Digimon Trading Card Game dengan Renamon mengangkat telefon dan kemudian disedut masuk.
📢最新情報ステージ生配信中!
デジモンカードゲーム NEW PROJECT COMING SOON…
続報は2025年3月20日(木・祝)12:00開始予定のDIGIMON CONにて!!🔽生配信中!https://t.co/WEO63Ip7i1#デジカ #デジモンカードゲーム #デジモン #digimon pic.twitter.com/f0t7SAWeQ6
— 【公式】デジモンカードゲーム (@digimon_tcg) March 16, 2025
Digimon Trading Card Game sudah hampir 5 tahun wujud di dalam pasaran tetapi masih belum mempunyai versi digitalnya sendiri.
Satu stream dedikasi Digimon akan dibuat di Digimon Con pada 19 Mac ini.
Setakat ini masih belum diketahui samada permainan ini akan mempunyai cara permainan yang sama seperti Digimon TCG atau tidak.
Nampaknya, Pokemon Pocket TCG bakal mempunyai lawan mereka sendiri.

setahun yang lepas