Digimon V-pet hari ini mengumumkan kolaborasi istimewa bersama Monster Hunter.
Bersempena ulangtahun ke-20 Monster Hunter, mereka berkolaborasi dengan Digimon Color untuk digivice versi warna.
Terdapat dua tema V-pet yang akan dikeluarkan iaitu versi Rathalos dan Zinogre.

Foto: Bandai

Foto: Bandai
Selain itu juga, Greymon dan Garurumon versi Monster Hunter juga akan dilancarkan sebagai Digimon baru eksklusif.

Foto: Bandai
Kedua-dua Digimon itu adalah RathGreymon dan ZinoGarurumon.

Foto: Bandai
Terdapat lebih 36 Monster yang akan hadir untuk V-pet ini dan empat kawasan akan ditempatkan di dalam peranti ini.

Foto: Bandai
Music Monster Hunter juga akan dimainkan jika anda menang dalam berlawan. Anda juga boleh berlawan dengan Digimon Color dan Digimon Pendulum Color yang lain.
V-pet ini juga didatangkan dengan bateri dalamn yang menggunakan USB-C.

Foto: Bandai
Setakat ini pra-tempah hanya boleh dilakukan di Premium Bandai dengan harga bermula 7,700 yen (RM220).
Pelancaran untuk versi antarabangsa masih belum diumumkan lagi.
Versi manakah yang menjadi pilihan anda?
Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

setahun yang lepas