Mastra: Battle Arena adalah Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) yang dibangunkan oleh Todak Studios.
Permainan ini sudah berada dalam fasa Open Beta sejak 13 Ogos yang lalu.
Mastra akan membawa pemain ke dunia mitos Nusantara pada zaman abad ke-7 dimana terdapat kuasa elemental, pahlawan purba, dan makhluk berkuasa digelar Sakka yang boleh membentuk daratan.

Foto: Todak Studios
Untuk memberi akses mudah kepada semua pemain, Mastra akan memberi fokus kepada stats sahaja tanpa pembelian item seperti MOBA yang lain.
Empat stats yang akan menjadi fokus permainan ini adalah Damage, Vitality, Focus dan Speed.

Foto: Todak Studios
Satu mekanik baru juga diperkenalkan untuk fasa Open Beta kali ini iaitu Element Combo.
Sistem ini membolehkan anda menggabungkan kuasa elemen dari hero lain. Sebagai contoh, anda menggabungkan kuasa elemen Wind dengan Fire dari dua Champion berbeza yang akan mempunyai efek tambahan atau mengubah cara skill itu berfungsi.
Kombo ini sekaligus akan memberi cara bermain dan tambahan komunikasi baharu di antara ahli pasukan anda.

Foto: Todak Studios
Setakat ini Mastra hanya mempunyai 12 Champion dengan kelebihan skill masing-masing. Setiap Champion juga akan mengambil mitos, cerita rakyat dan penceritaan dari Asia Tenggara.
Sedikit berbeza dengan MOBA yang lain, peta MASTRA adalah melintang dan mempunyai dua lane besar atas dan bawah dengan Gate (Tower) tambahan.
Mastra: Battle Arena kini boleh dimuat turun dari Google Play dan iOS (Muat turun melalui TestFlight).
Majulah industri permainan video Malaysia!

setahun yang lepas