APAC Predator League 2025 akan hadir ke Kuala Lumpur tidak lama lagi.
Acara ini akan berlangsung pada 11 dan 12 Januari 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia Kuala Lumpur (MITEC) dengan menggabungkan acara e-sukan berperingkat tinggi disamping persembahan artis-artis hebat termasuk acara cosplay.

Foto: Predator Gaming Malaysia
Pertandingan E-sukan berprestij

Foto: Predator Gaming Malaysia
Dua permainan e-sukan bakal dipertandingkan untuk APAC Predator League Grand Finals 2025 iaitu Dota 2 dan VALORANT yang mana pasukan bakal merebut hadiah wang terkumpul AS$400,000 (RM1.79 juta).
Tidak dilupakan juga banyak pasukan-pasukan hebat dari serantau Asia Pasifik akan bertanding di sana nanti.
Beli tiket anda sekarang di laman rasmi ini!
Artis-Artis terkenal Asia

Foto: Predator Gaming Malaysia
Tambahan lagi, beberapa artis-artis popular juga bakal mengadakan persembahan di APAC Predator League 2025 yang sudah semestinya akan menarik minat kesemua peminat tidak kira peminat e-sukan atau muzik dan kasual.
Antara artis yang hadir:
- Aina Abdul – Juara Anugerah Juara Lagu ke-37 dengan suara penuh lunak dan emosi
- Hael Husaini – Artis diminati ramai yang penuh bertenaga
- Sandara Park & Minzy– Ikon K-pop dan 2NE1
- G22 – Kumpulan P-pop yang kian menarik minat ramai orang
Peminat Cosplay!

Foto: Predator Gaming Malaysia
Bukan sahaja acara e-sukan dan persembahan nyanyian dari artis terkenal, APAC Predator League 2025 akan membawa Coswalk Competition di mana cosplayer berbakat akan bertanding dengan cosplay terbaik mereka.
Cosplayer juga bakal merebut hadiah wang tunai RM 25,000!
Di samping itu, cosplayer terkenal Prestonles dan YingTze juga akan hadir membawa cosplay terbaik mereka!

Foto: Predator Gaming Malaysia
Jangan lepaskan peluang anda untuk hadir ke APAC Predator League 2025 Grand Finals.
Beli tiket anda sekarang di Ticket2U!
Jumpa di sana!

setahun yang lepas