Acer Malaysia memperkenalkan mini-PC dan dua projektor baharu untuk sesi kemeriahan bersama keluarga

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Sempena musim percutian akhir tahun, Acer Malaysia memperkenalkan beberapa produk yang akan menambah baik produktiviti dan mengeratkan hubungan kekeluargaan..

Ia termasuk Acer RB102 mini-PC yang kompak dan dua projektor, AOPEN QF18S dan PL253oi.

Acer Revo Box Mini-PC mengumpulkan keluarga di satu ruang yang khusus untuk ‘streaming’ dan multimedia. Ia sesuai untuk setup di rumah dan membenarkan anda memanfaatkan masa bersama keluarga.

Dengan cip pemprosesan 13th Gen Intel Core i7 dan Intel Core i5, ia sesuai untuk penggunaan multimedia dan perkongsian kandungan serta sambungan Internet. Ia juga menyokong pelbagai sambungan seperti USB Type C, Type A, RJ45 LAN port, Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.0.

Anda boleh mendapatkannya di Acer eStore, stor dagang rasmi Shopee dan Lazada serta premis rasmi Acer dengan harga RM2,699 dan RM2,049.

Selain itu, anda boleh meluangkan masa bersama keluarga dengan lebih meriah menggunakan dua projektor baharu, AOPEN QF18S dan Acer PL253oi yang menawarkan pengalaman menonton di skrin besar. 

  

AOPEN QF18S dilengkapi speaker 5W dan sambungan Bluetooth untuk perkongsian musik yang cekap dan tambahan lagi sumber cahaya 13,000 Lumens LED serta teknologi Auto Fokus yang memastikan visual lebih jelas.

Acer PL253oi pula dibina menggunakan Acer Earthion, ia menggunakan plastik kitar semula di bingkai dan pembungkusan yang 100% kitar semula menggunakan 85% kertas kitar semula. 

Ia juga menjimatkan sebanyak 50% sumber cahaya berbanding projektor tradisional.

Kedua-dua projektor menawarkan resolusi FHD dengan 30,000 jam ketahanan produk.

Anda boleh mendapatkan kedua-duanya di pasaran Malaysia pada Januari tahun depan dengan harga RM1,199 (AOPEN QF18S ) dan RM3,999 (PL253oi) dan pra-tempah tersedia di Acer eStore.

RELATED NEWS

+