Khamis lepas, Lee “Faker” Sang-hyeok telah dianugerahkan Pingat Cheongnyong (Blue Dragon) dari Lee Jae-myung Presiden Korea Selatan.
Faker telah menjadi pemain profesional League of Legends sejak tahun 2013 lagi dan akan meneruskan kontrak T1 sehingga tahun 2029.
Foto: Sheep_Esports (X)
Pingat ini ialah anugerah tertinggi Korea Selatan yang diberikan untuk atlet-atlet yang menempa nama dan banyak berjaya kepada negara.
South Korean President Lee Jae-myung 🇰🇷 awarded T1 Faker 🇰🇷 the Cheongnyong Medal 🏅
The highest honor any South Korean athlete can receive
It has mostly been awarded to Olympic gold medalists and multiple-time world champions pic.twitter.com/zcoBnWE1Uy
— Sheep Esports (@Sheep_Esports) January 2, 2026
Anugerah ini telah wujud sebagai merit kelas pertama dan telah dimulakan sejak tahun 1973 lagi.
Faker juga telah menempa sejarah sebagai atlet esukan pertama yang mendapat anugerah ini.
Kriteria mendapat Blue Dragon Medal
Menurut perkongsian, anugerah ini memerlukan atlet untuk melepasi sistem mata dimana 1,500 mata perlu dikumpul.
Setiap pertandingan dimana atlet tersebut berada di podium akan diberi mata.
Berdasarkan kiraan dari SheepEsports, dalam enam penyertaan World Championships, dia telah mengumpul sebanyak 900 mata, 200 mata untuk 2 kekalahan di finals, 120 mata untuk kemunculan separuh akhir. Kemenangan beliau di Asian Games 2022 telah memberinya 200 mata dan 135 mata terakhir pada tahun 2018.

Foto: One Esports
Faker kini mempunyai 1,555 mata sekaligus melayakkannya untuk mendapat anugerah pingat ini.
Bukan sahaja lagenda dalam esukan League of Legends tetapi untuk esukan secara menyeluruh.
Mungkin suatu hari nanti, akan terdapat seorang atlet esukan negara yang bakal mendapat anugerah besar sebegini dalam Malaysia.

setahun yang lepas