Dalam sinematik terbaru dari League of Legends terdapat beberapa champion yang mempunyai skin baharu.
Di akhir trailer bertajuk Here, Tomorrow terdapat satu champion ADC baharu diperkenalkan iaitu Yunara.
Setakat ini masih belum ada apa-apa maklumat mengenai Yunara tetapi skills yang akan ada semestinya berkaitan dengan Ionia.

Foto: Riot Games
Yunara membawa maksud melindungi, membantu dan seorang perawan yang cantik.
Skill yang Yunara akan dapat bakal mempunyai kuasa dari alam semulajadi dan bertemakan bunga.
Menurut Riot Games, Yunara bakal hadir ke League of Legends pada Act II. Musim terbaru pula akan datang pada 30 April nanti.

setahun yang lepas