Sejak semalam, League of Legends (LoL) tidak dapat dimain untuk beberapa jam atau lebih kerana Riot Games tanpa disangka terlupa untuk memperbaharui sijil SSL (Secure Sockets Layer).
Hal ini menyebabkan ribuan pemain serata dunia tidak dapat log masuk ke LoL.
Riot Games telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai masalah ini semalam dan telah pun memperbaharui lesen ini dan server kini kembali normal.
We’re aware of an issue that’s impacting games and preventing some players from logging in. Ranked queues are temporarily disabled while we work on a fix. Thanks for your patience.
— League of Legends (@LeagueOfLegends) January 4, 2026
SSL (Secure Sockets Layer) ialah satu sijil sekuriti digital yang dikodkan untuk memastikan hubungan di antara pengguna dan server termasuk data log masuk dan informasi akaun dihantar dengan selamat.
Jika tarikh luput atau tidak diperbaharui, sistem akan menyekat sambungan ini menyebabkan permainan seperti League of Legends tidak boleh berfungsi terus.
Kejadian ini adalah kali kedua Riot Games mempunyai masalah SSL dan pernah berlaku pada tahun 2016 lepas.
Riot Games kini memperbaharui lesen tersebut sehingga tahun 2125.

setahun yang lepas