FILA, jenama pakaian sukan terkenal dari Itali yang dikenali sebagai gabungan prestasi dan rekaan bergaya. Pelancaran rasmi stor baharu FILA kini akan dibuka di Malaysia.
Stor FILA menanti
Stor pertama FILA dibuka di Pavilion KL pada 29 November lepas dan stor flagship baharu yang telah pun dibuka di Sunway Pyramid pada 11 Disember lepas.
Kedua-dua pembukaan stor ini bakal menjadi titik permulaan besar buat FILA untuk meluaskan lagi jenama ini di Malaysia. Lokasi ketiga juga akan dibuka di IOI City Mall yang akan dibuka pada 18 Disember ini.

Foto: Sunway Pyramid
“Kami teruja untuk memperkenalkan FILA kepada Malaysia,” ujar Jimmy Jin Bohyun (Pengarah Urusan FILA Malaysia).
“Tujuan kami adalah memastikan rekaan unik inspirasi Itali dengan pakaian sukan berkualiti tinggi dapat dibawa ke pasaran tempatan. Dengan pembukaan stor-stor ini, kami lebih komited untuk memberikan banyak pilihan pakaian dan kasut sukan yang sesuai untuk di dalam dan luar gelanggang termasuk pemakaian seharian.
“Kami juga teruja untuk menyertai arena sukan-sukan baru seperti pickleball dan memberikan rakyat Malaysia kesemua prestasi dan gaya terbaik,” tambahnya lagi.
FILA produk ikonik sukan dan fesyen
FILA sangat dikenali dengan produk yang berkualiti tinggi, produk bergaya yang mementingkan rekaan fesyen yang penuh fungsi penggunaan. Jenama ini sangat mementingkan kemudahan pakaian dan kasut mereka untuk bertukar dari bersukan terus kepada penggunaan seharian.
Tidak kira anda di gelanggang atau bersama rakan-rakan, FILA bakal memberikan pilihan banyak untuk gaya hidup yang lebih dinamik.

Foto: Sunway Pyramid
Sebagai contoh, Tennis Club Collection dari FILA menunjukkan rekaan moden dan anggun disamping memberikan anda pemakaian sukan dengan sentuhan bertenaga.
Kasut Targa Club pula merupakan koleksi yang menggabungkan keselesaan dengan gaya inspirasi Itali yang sangat sesuai untuk dipakai di luar atau dalam gelanggang.
Cabaran FILA Hunt
Bagi menyambut pelancaran ini, FILA bakal memberikan hadiah eksklusif dengan acara interalktif FILA Hunt.

Foto: Sunway Pyramid
Cabaran FILA Hunt adalah cabaran dimana anda perlu mencari mana-mana keretapi di laluan LRT Kelana Jaya di mana satu kod QR yang perlu diimbas akan ada.
Anda perlu mengumpulkan kesemua empat kod QR FILA iaitu Blue, White, Red dan Black untuk mendapat hadiah eksklusif. Ketiga-tiga stor di Sunway Pyramid, Pavilion KL dan IOI City Mall juga akan mempunyai kod QR tersendiri dimana pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah terhad dari FILA.
FILA juga bakal memberikan fokus untuk meneruskan inovasi rekaan di serata Malaysia dengan pembukaan stor baharu dan berharap untuk menjadi salah satu nama popular dalam pemakaian sukan dan pasaran pakaian gaya hidup di Malaysia.
Maklumat lanjut mengenai FILA Malaysia boleh didapati di laman rasmi Instragram @fila.malaysia.

setahun yang lepas