Kemas Kini ASSEMBLE hadir dengan pengembaraan baharu & kelas terbaru dalam MapleStorySEA

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

MapleStorySEA sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu MMORPG terkemuka di rantau ini apabila kemas kini terbaharunya memperkenalkan kelas, dungeon, serta sistem kemajuan baharu yang lebih fresh dan dinamik. 

Pembaharuan ini bukan sahaja menghidupkan kembali elemen nostalgia yang digemari pemain lama, malah turut menarik minat pemain baharu yang ingin menyelami dunia Maple World dengan pengalaman yang lebih moden dan mendalam.

Kelas Baharu MapleStorySEA – Len

Len merupakan pahlawan Anima yang menggunakan senjata Longsword bersama Sacred Orb sebagai senjata kedua. Beliau ialah tokoh utama baharu dalam kemas kini ASSEMBLE.

Latar Belakang & Kisah Dalam Permainan

Len adalah seorang pengembara yang pernah menyelamatkan Saya, seekor Imugi, ketika menjelajah benua Grandis. 

Dengan pedang Plum Blossom dan kuasa qi Imugi melalui Lost Soul Sword, Len boleh menyatukan kedua-dua tenaga tersebut untuk menghasilkan Blue Dragon Sword, sebuah teknik dahsyat yang melambangkan warisan dan keberanian.

Wanderer’s Journey

Acara masa terhad yang membantu pemain membangunkan Len dengan ganjaran menarik seperti set kosmetik Cash Equipment, Damage Skin, Unique Emblem Box dan banyak lagi.

Selain kehadiran LEN, ASSEMBLE juga memperkenalkan satu lagi kelas baharu, sistem kemajuan berskala besar dan kandungan direka untuk pemain kasual kekal terhibur.

Jom tengok apa yang menarik kali ini:

Challenger World (Season 2)

Ia kini kembali dengan musim yang dipertingkatkan, membawa pengalaman perkembangan yang lebih pantas dan lebih kompetitif.

Antara highlights lain yang menarik:

Peningkatan Level Lebih Cepat: Pemain boleh level up lebih cepat berbanding musim sebelumnya. 

Buff Challenger World Dipertingkat: Pemain Diamond Rank kini menerima +20% Meso Drop Rate dan +20% Item Drop Rate.

Buff & Misi Eksklusif:  Misi masa terhad direka untuk memudahkan kemajuan pemain.

Matlamat Jangka Panjang: Musim kedua memperkenalkan ganjaran milestone dan achievement, menggalakkan kemajuan berterusan dan permainan secara konsisten.

Tema: Slow-burn success – menonjolkan usaha konsisten sebagai kunci pencapaian.

Bagi anda yang mengutamakan kelajuan meningkatkan tahap watak, Hyper Burning Beyond kini kembali dengan kelajuan leveling yang luar biasa.

Sebagai contoh anda boleh naik level secara drastik dari 1+4 level hingga level 260. Ia sesuai untuk pemain yang dahagakan endgame dan mahu akses ke zon dan bos tahap tinggi dengan lebih cepat.

Ia turut dilengkapi dengan Hyper Mush Pass yang mengandungi lebih banyak misi, ganjaran dan sinergi penuh dengan Hyper Burning Beyond.

Mush Pass ini memberikan item eksklusif baharu, misi lebih banyak dan memudahkan perjalanan player dalam game ini.

HEXA Matrix Baharu – Ascent Skill (ASSEMBLE Bahagian Kedua)

Satu kuasa baharu diperkenalkan melalui Ascent Skill, dengan beberapa ciri berikut antaranya:

  • Boleh digunakan 3 kali dalam pertempuran boss tanpa cooldown.
  • Di peta lain, cooldown ditetapkan kepada 240 saat.
  • Kuasa Ascent hanya boleh digunakan apabila boss raksasa dengan HP tertinggi terdedah untuk diserang.
  • Kuasa Ascent tidak dikira sebagai direct hit, jadi ia tidak akan mencetuskan efek tambahan seperti skill proc atau on-hit effects.
  • Sentiasa menyasarkan bos dengan HP tertinggi, dan tetap memberi kerosakan walaupun boss mempunyai Damage Reflect atau Damage Ignore.
  • Bonus Ignore Defense dan Boss Damage (Level 10/20/30) dicampurkan terus dengan nilai asas, tidak dikira secara berasingan atau berganda.

Selain itu, terdapat juga boss baharu iaitu The First Adversary yang memerlukan satu hingga tiga pemain dalam satu kumpulan untuk mengalahkannya. Anda boleh dapatkan Immortal Legacy Medal.

Menariknya kali ini juga apabila terdapat dungeon dengan ciri Rogue-Like baharu iaitu Blood Moon Forest.

Ia menggabungkan suasana gelap, berkabus di kawasan Jianghu dengan cabaran berbeza setiap kali bermain. 

Direka untuk bermain bersama tiga orang, Blood Moon Forest membolehkan anda mempunyai slot peralatan baharu iaitu Jewel boleh dipertingkat dan alami suasana misteri dan kegelapan untuk pengalaman lebih imersif.

ASSEMBLE Bahagian Ketiga – 28 Januari 2026

Pada tahun depan, anda boleh expect penutup ASSEMBLE yang sangat best tau! Ada kelas baharu iaitu Mo Xuan.

Dia adalah ahli seni mempertahankan diri yang mempunyai kuasa purba, bangkit selepas kejatuhan sekolahnya dan memulakan perjalanan untuk bina legasi sendiri.

Dengan gabungan kuasa seni bela diri dengan elemen lanun moden, karakter ini direka untuk melengkapi kelas lain dari segi sinergi dan kepelbagaian dalam pertempuran.

Iklan MapleStorySEA di Kuala Lumpur! Saksikan persembahan menarik di Bukit Bintang

Pada 1 Disember hingga 31 Disember ini, anda boleh saksikan iklan MapleStorySEA di Fahrenheit 88, jambatan pejalan kaki Pavilion Bukit Jalil.

Jom ke kedua-dua lokasi ni! Anda berpeluang menebus satu in-game item istimewa. Senang saja, tonton iklan dan scan kod QR untuk tebus!

Selain itu, mereka akan adakan kerjasama pertama dengan kumpulan tarian terkenal untuk persembahan khas di Bukit Bintang. Para penari akan menampilkan watak MapleSEA dengan tema khusus, diterajui oleh Len.

Ia dijadualkan pada 6 Disember pada jam 12PM. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari Facebook, Instagram dan TikTok mereka.

 

RELATED NEWS

+