Filem aksi nyata Call of Duty dipersetujui Activision dan Paramount

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Salah satu francais permainan video paling popular di dunia, Call of Duty (CoD) bakal mengadaptasi permainan itu ke layar perak.

Filem ini akan dihasilkan selepas persetujuan diantara Activision dan Paramount.

Foto: Activision

“Mengikut persetujuan ini, Paramount akan membangunkan, menghasilkan dan mengedarkan filem berdasarkan Call of Duty. Kedua-dua syarikat kini komited untuk menghormati gaya penceritaan unik jenama ini,” – Paramount.

Call of Duty tidak disangkal lagi antara francais paling berjaya sehingga berhasil menjual lebih 500 juta unit di seluruh dunia dalam 23 siri CoD.

Berdasarkan laporan dari BBC, Presiden Activision, Rob Kostich mengatakan filem ini akan menggunakan imaginasi yang sama seperti CoD sekaligus menciptakan filem blockbuster yang tidak akan dilupai.

Foto: Activision

Paramount sendiri berjaya mengadaptasikan Sonic the Hedgehog sehingga dijadikan filem trilogi.

Beberapa permainan video popular juga dalam pembikinan atau fasa awal untuk dijadikan filem iaitu Elden Ring, The Sims dan Legend of Zelda.

RELATED NEWS

+