MOONTON Games mengumumkan permainan video dengan genre Shoot’em Up iaitu Acecraft.
Acecraft adalah permainan video co-op dua orang ditambah dengan vertical scroller. Paling menarik Acecraft membawa visual kartun nostalgia zaman dahulu-kala.
Permainan ini juga dibangunkan oleh Vizta Games iaitu pembangun yang sama membuat Silver & Blood.
Acecraft membawa pemain ke dunia Cloudia dimana anda boleh menyesuaikan setiap juruterbang, setiap perlawanan co-op, dengan huru-hara roguelike ketika terbang berlawan dengan boss.

Foto: Vizta Games
Akan terdapat lapan Ace Pilot berbeza dengan skill berbeza-beza dan tersendiri. Anda juga boleh mengubahsuai Wingmen anda untuk terbang dan berperang dengan penjahat.
Sudah semestinya anda juga boleh bermain secara solo untuk terus masuk ke misi-misi yang ada.

Foto: Vizta Games
Anda boleh menggunakan juruterbang comel anda sendiri untuk berlawan dengan penjahat Nightmare Legion bagi mendapatkan Key of Destiny yang sudah dicuri.

Pra-daftar kini dibuka di laman rasmi Acecraft. Anda juga boleh terus pra-daftar di Google Play Store dan Apple App Store.

setahun yang lepas