MOONTON Games kini mengumumkan Warp Knights iaitu permainan video 3D masa nyata yang akan dilancarkan ke Android, iOS dan PC.

Foto: MOONTON Games
Permainan ini baru sahaja ditayangkan di acara ChinaJoy 2025.
Warp Knights adalah permainan sains fiksyen di mana dunia diserang makhluk asing pada tahun 2053.
Anda akan dibangunkan sebagai hero yang hilang selama 50 tahun.
Dalam dunia Warp Knights, manusia berjaya menggunakan teknologi alien untuk berlawan semula dengan penceroboh bumi ini.

Foto: MOONTON Games
Sebagai komander, anda perlu menghantar beberapa karakter dengan kelas berbeza untuk berlawan dengan musuh.
Silver and Blood sebagai antara game baru dari MOONTON Games juga diterima ramai peminat baharu dan berkemungkinan besar momentum ini akan dikekalkan dengan Warp Knights.

Foto: MOONTON Games
Ia dijangka akan dilancarkan di Android, iOS dan PC tetapi pelancaran global masih belum diumumkan MOONTON Games.

setahun yang lepas