Genshin Impact diarah bayar RM89 juta kerana mengelirukan pemain untuk Gacha mereka

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Genshin Impact kekal menjadi antara permainan video gacha paling terkenal di dunia sekarang.

Permainan ini sentiasa melakukan kemaskini terbaru dengan karakter-karakter baru dan kawasan baru yang sentiasa luas dan mengasyikkan.

Tetapi baru-baru ini mereka tersangkut dengan arahan dari Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (Federal Trade Commission) Amerika Syarikat.

HoYoverse kini terpaksa bersetuju untuk membayar AS$20 juta (RM89 juta) atas beberapa isu mengenai model ‘perjudian’ untuk mendapatkan karakter Genshin Impact:

  • HoYoverse dituduh membuat pemasaran kepada kanak-kanak dan mengumpul data mereka. (Melanggar Akta Perlindungan Privasi Kanak-Kanak di Atas Talian Amerika Syarikat)
  • FTC mengatakan HoYoverse “Menipu kanak-kanak dan pengguna lain mengenai kos sebenar transaksi dan kebarangkalian mendapat karakter,”
  • FTC juga mengatakan Genshin Impact menggunakan pembelian yang sukar dan mengelirukan, dan sentiasa menggunakan taktik “Dark Pattern” untuk mengelirukan pengguna dengan jumlah wang yang digunakan oleh mereka terhadap loot boxes. Ini adalah termasuk mengaburi pemain dengan jumlah sebenar untuk mendapat karakter Genshin Impact.

“Genshin Impact menipu kanak-kanak, remaja dan pemain lain untuk menggunakan ratusan dollar dimana mereka hanya mempunyai peluang kecil untuk dapat sesuatu diinginkan,” ujar Samuel Levine Pengarah Biro Perlindungan Pengguna di FTC.

“Syarikat yang menggunakan taktik ‘dark pattern‘ sebegini perlu bertanggungjawab jika mereka menipu pengguna terutamanya kanak-kanak dan remaja terhadap jumlah sebenar kos transaksi permainan ini.

Foto: Genshin Impact

Keputusan yang dibuat selepas kes ini adalah:

  • Satu permainan video tidak boleh membenarkan kanak-kanak berumur 16 tahun ke bawah untuk menggunakan wang bagi membeli loot boxes tanpa kebenaran ibu bapa.
  • Maklumat peribadi pemain di bawah 13 tahun perlu dibuang sehingga ibu bapa membenarkan data tersebut dikumpul. HoyoVerse perlu mengikut regulasi Akta Perlindungan Privasi Kanak-Kanak di Atas Talian (COPPA)
  • Loot box yang boleh dibeli dengan mata wang virtual perlu dilabel dengan jelas termasuk nilai wang sebenar.
  • Peratusan loot box perlu diberitahu dengan jelas kepada pemain.

Untuk pengetahuan HoYoverse mempunyai peratusan dalam setiap banner mereka tetapi peratusan ini disembunyikan di dalam butang yang sangat kecil yang mudah untuk terlepas pandang terutamanya bagi kanak-kanak dan remaja.

HoYoverse juga membuat pesanan kepada kesemua pemain untuk menggunakan wang secara rasional.

Foto: Genshin Impact

Harus diingatkan ibu bapa juga tidak boleh sewenang-wenangnya memberi kanak-kanak dan remaja informasi kad debit/kredit begitu sahaja tanpa pemantauan.

Bagi pemain gacha game, perkara ini sudah biasa untuk anda sentiasa mencari peratusan mendapat karakter baharu tetapi perkara ini tidak akan dibuat terutamanya oleh pemain gacha yang baru.

Kes ini juga pernah berlaku terhadap Epic Games.

RELATED NEWS

+