Honkai: Nexus Anima jawapan HoYoverse untuk Pokemon dan Autochess

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

HoYoverse harini mengumumkan Honkai: Nexus Anima permainan video terbaru mereka.

Inilah jawapan HoYoverse untuk mempunyai genre seakan Pokemon yang digabungkan dengan autochess.

Honkai: Nexus Anima adalah permainan strategi yang menengahkan konsep Nexus.

Nexus adalah satu pertalian diantara dua konsep seperti Cinta dan Kebencian, Cahaya dan Kegelapan, Kehidupan dan Kematian dan pelbagai lagi.

Foto: HoYoverse

Dalam dunia ini pertalian yang seimbang diantara dua konsep telah dirosakkan dan tersebar diseluruh dunia dan menjadi Anima.

Pemain akan mengembara untuk mengembalikan pertalian yang telah hancur dengan Anima yang wujud.

Foto: HoYoverse

Setiap orang yang mempunyai Anima akan digelar sebagai Animasters.

Fokus dunia terbuka juga ada dalam permainan ini dan banyak mini-game yang akan wujud ditambah dengan mod auto battler.

Setiap Anima akan mempunyai keistimewaan tersendiri terutamanya apabila digunakan ketika berlawan.

Foto: HoYoverse

Honkai: Nexus Anima baru sahaja membuka pendaftaran untuk beta tertutup bagi PC dan iOS. Anda boleh pra-daftar beta tertutup disini.

Pelancaran rasmi permainan ini masih belum diumumkan HoYoverse.

RELATED NEWS

+