Seorang lelaki dari Iowa bakal dihantar ke penjara kerana menipu majikannya dengan menggunakan kad kredit syarikat untuk membeli kad Pokemon dan permainan video.
Jumlah yang dibelanjakan lelaki itu adalah AS$140 ribu (RM591 ribu).
Mitch William Gross, 34 tahun dihukum penjara empat bulan oleh mahkamah dan diarahkan membayar semula AS$146,590.15 (RM619,562.98) dan akan berada dibawah pemantauan pihak polis selama tiga tahun selepas waktu penjara dihabiskan.

Foto: The Pokemon Company
Gross menipu syarikat Ruan Transportation Corporation dengan menggunakan kad kredit itupada September 2021 dan Oktober 2022.
Dia membeli kad prabayar, kad Pokemon, dan barangan (merchandise) permainan video. Gross kemudian menyembunyikan transaksi ini sebagai penggunaan sah untuk perniagaan syarikat itu.
Ini bukan pertama kali kad Pokemon menjadi salah satu punca seseorang dimasukkan ke penjara.

setahun yang lepas