Pengawas hak pengguna Brazil bakal menyaman Nintendo atas terma EULA (Perjanjian Lesen Pengguna Akhir) yang memberi kuasa untuk Nintendo mengharamkan pengguna dari menggunakan perkhidmatan atas talian konsol.
Pada 25 Jun lepas, dalam satu kenyataan dari Procon-SP (Agensi Perlindungan Pengguna Brazil) memohon perubahan kandungan dalam EULA yang dibuat Nintendo. Procon-SP mengatakan beberapa klausa didalam EULA Nintendo “menganiaya” pengguna di bawah undang-udang Brazil.

Foto: Nintendo
Yang membimbangkan agensi itu adalah keupayaan Nintendo untuk menghalang akses secara kekal kepada eShop dan permainan atas talian. Nintendo akan mengharamkan terus akses ini kepada sesiapa sahaja yang dipercayai melanggar terma ini. Secara teknikalnya ia adalah ‘bricking’.
Perkara ini sudahpun dibuat oleh Nintendo apabila mereka mengharamkan konsol yang menggunakan katrij MiG Switch.

Foto: Nintendo
Mana-mana konsol yang ‘bricked’ akan menerima kod ralat 2124-4508 dan hilang segala akses untuk ke atas talian. Kod ini memberitahu pengguna “Penggunaan perkhidmatan atas talian tidak lagi dibenarkan dari Nintendo.”
Baru-baru ini terdapat satu kes dimana seorang pengguna membeli Nintendo Switch 2 terpakai hanya untuk mendapati dia membeli konsol yang telah ‘brick’. Menghalang akses sebegini membuatkan Nintendo Switch 2 tidak boleh dijual secara terpakai dengan mudah.

setahun yang lepas