Valve Disaman RM3.56 Bilion Kerana Harga Game Di Steam “Tidak Adil”

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Valve kini perlu mempertahan syarikat mereka setelah disaman di United Kingdom dengan nilai £656 juta (RM3.56 bilion) atas kes untuk harga penjualan permainan video di Steam.

Keputusan ini telah dilakukan oleh Competition Appeal Tribunal yang menolak kenyataan Valve dan akan meneruskan proses ini di mahkamah.

Menurut BBC, saman tersebut telah menuduh Valve menyalahguna kuasa dominannya untuk pasaran gaming PC melalui pelantar Steam.

Saman ini sebenarnya telah didakwa dan bermula pada tahun 2024 bagi mewakili 14 juta pengguna Steam di United Kingdom (UK).

Valve dikatakan menggunakan terma kontrak sendiri untuk mengawal harga menyebabkan pembangun dan pengedar permainan video tidak dapat merendahkan harga.

Pemain Steam UK berkemungkinan akan mendapat pembayaran pampasan

Berdasarkan pemfailan, Steam mempunyai peraturan di mana pengguna yang membeli permainan video di pelantar itu untuk membeli DLC melalui Steam sahaja. Hujahan saman ini mengatakan perkara ini sekaligus mengunci pengguna dan mereka akan tersekat dalam ekosistem Valve.

Bersambungan dengan itu, Valve juga mengenakan bayaran komisen sehingga 30 peratus tetapi kos ini secara langsung akan terjatuh kepada pengguna.

Foto: Valve

Saman ini akan merangkumi pelanggan UK yang telah membeli game dan kandungan tambahan di Steam bermula dari tahun 2018.

Valve membahas kes ini tidak diperakui untuk ke perbicaraan.

Steam adalah pelantar yang telah dilancarkan pada tahun 2003 dan kekal menjadi pelantar kedai digital paling besar untuk games PC.

RELATED NEWS

+