Pembangun Game Peak lebih rela pemain cetak rompak game mereka dari bermain game palsu di Roblox

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Permainan video indie yang kini berada di kemuncak populariti iaitu Peak.

IA dibangunkan oleh Aggro Crab Games dan mereka membuat satu kenyataan baru mengenai permainan yang meniru game mereka di Roblox.

Peak menjadi salah satu permainan video indie yang meletup dan memecah banyak rekod. Disebabkan ini ada beberapa individu yang cuba meniru game viral ini.

Permainan tiruan ini diberi nama Cliff. Lebih menyakitkan hati pembangun permainan di Roblox itu mempunyai transaksi mikro.

Aggro Crab kini dalam fasa untuk membuat versi konsol permainan ini. Berkemungkinan besar versi Roblox ini wujud disebabkan beberapa pemain yang hanya mempunyai konsol dan tidak dapat bermain Peak.

Beberapa individu menyuruh Aggro Games untuk membuat laporan kepada Roblox untuk melanggaran hak cipta.

Anda boleh membeli Peak di Steam dengan harga RM21.99 sahaja!

RELATED NEWS

+