Kerajaan bakal lesenkan 10 permainan video tidak sesuai untuk kanak-kanak – Fahmi Fadzil

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti mekanisme awal untuk menyelia permainan video dalam talian lebih selamat untuk pengguna bawah umur.

Berdasakarkan laporan dari Berita Harian, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan kanak-kanak termasuk dalam kes terkini yang membabitkan Roblox.

Kementerian akan melesenkan sekurang-kurangnya 10 jenis permainan dalam talian termasuk Roblox yang dianggap tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur 16 tahun.

Foto: Roblox Corporation

Antara permainan video yang disenaraikan oleh Fahmi setakat ini ialah:

  • Roblox
  • Grand Theft Auto (GTA)
  • Call of Duty
  • PUBG
  • Free Fire
  • Fortnite
  • Dead by Daylight
  • Among Us
  • Horrorfield
  • The Outlast Trials

“Kami sedang mengkaji kerangka peraturan paling sesuai dan berkesan. Beri kami sedikit masa sebelum pengumuman rasmi dibuat, tetapi yang pasti, kita tidak boleh berdiam diri.” ujar Fahmi Fadzil.

“Setakat ini, kerajaan belum buat keputusan rasmi mengenai perkara ini. Saya menyeru ibu bapa sentiasa pantau aktiviti dalam talian anak-anak dengan lebih dekat,” sejurus selepas perasmian Kempen Internet Selamat (KIS) peringkat negeri Pahang di Sekolah Kebangsaan (SK) Raub Indah semalam.

Foto: Berita Harian

Fahmi juga menambah kementeriannya suda bertemu dengan wakil Roblox susulan kejadian di Kampung Parit Nipah Laut.

Beliau sendiri juga telah melarang anaknya daripada bermain dan memadamkan Roblox daripada semua peranti di dalam rumahnya.

Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA) dijangka berkuat kuasa tahun depan.

RELATED NEWS

+