Pemain ranking paling tinggi dalam Three Kingdoms Kill Online dari China bakal menyaman pembangun permainan itu selepas ‘ditampar’ sebanyak 4,800 kali.
Lelaki itu mengatakan hal itu membuatkannya trauma dan merosakkan kehidupannya.
Menurut laporan dari SCMP, Qiaoben bermain permainan itu lebih 15 tahun.
Semuanya bermula selepas dia berjaya menang ke atas lawannya tetapi tidak diterima oleh pemain-pemain lain.
Selepas perlawanan itu, pemain-pemain membaling in-game items seperti telur dan selipar kepada avatar milik Qiaoben seperti ditampar.
Qiaoben mengatakan selama enam bulan lebih 4,800 item dibaling kepadanya sehingga dia pernah dibaling telur dan selipar selama 90 saat.
“Setiap kali saya dibaling telur dan selipar, harga diri saya semakin berkurangan sehingga saya kemurungan,” ujar Qiaoben.
Dia percaya perkara ini berlaku disebabkan pemain boleh ‘menampar’ pemain lain dengan menggunakan wang sebenar di mana pembangun Three Kingdoms Kill Online mendapat keuntungan demi interaksi memalukan pemain lain.

Foto: SCMP
Qiaoben mengatakan perkhidmatan pelanggan Three Kingdoms Kill Online tidak mengendahkan perkara ini dan Qiaoben bakal menyaman pembangun itu.
Pakar undang-undang mengatakan Qiaoben mempunyai kes yang boleh digunakan kerana memalukan pemain boleh melanggar hak asasi pemain.
Three Kingdoms Kill Online adalah permainan video kad yang menggunakan karakter-karakter dari era Three Kingdom.
Syarikat Three Kingdoms Kill Online mengatakan mereka akan memberi kerjaya sama dalam kes ini termasuk penggunaan in-game items untuk perkara sebegini.

setahun yang lepas