Honor of Kings permainan mudah alih paling tinggi hasil pada Januari lepas

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Keuntungan untuk sesebuah permainan mudah alih bukan hanya mengenai populariti dan komuniti tetapi juga taktik pemasaran oleh pembangun.

Baru-baru ini, Gamingonphone melaporkan data bulan Januari bagi permainan mudah alih yang paling tinggi hasilnya.

Mengikut data dari App Magic ini, Honor of Kings berada di tangga pertama dengan AS$185.2 juta hasil keuntungan hanya pada bulan Januari. Ia berikutan populariti permainan ini di China.

Sementara itu, permainan yang paling banyak iklan di media sosial seperti Last War: Survival (AS$143.4 juta) dan Royal Match (AS$139.3 juta) masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga. 

PUBG Mobile dan Roblox pula mengikuti rapat dan juga Genshin. Sementara itu, Pokemon TCG Pocket menunjukkan peningkatan dari segi populariti dan keuntungan apabila mencatatkan sebanyak AS$54.9 juta hasil pada Januari lalu.

Sumber rujukan: Gamingonphone

RELATED NEWS

+