Kejohanan Honor of Kings World Cup (KWC) bakal berlangsung di Riyadh sebagai sebahagian daripada Esports World Cup 2025. Kali ini, ia menampilkan 16 pasukan terbaik dunia dan menawarkan hadiah keseluruhan AS$3 juta (RM12.7 juta). Buat pertama kalinya, dua pasukan dari liga KPL turut dijemput dan ini bakal menjanjikan persaingan sengit antara pasukan.
Struktur Kejohanan
View this post on Instagram
Pertandingan bermula dengan peringkat kumpulan (15–19 Julai), melibatkan empat kumpulan (A hingga D) dengan format penyingkiran berganda. Juara kumpulan mara ke Group Kings, manakala pasukan tempat kedua ke pusingan Last Chance.
View this post on Instagram
Group Kings & Last Chance berlangsung pada 20 Julai, diikuti Playoffs dari 23–26 Julai. Lapan pasukan akan berentap secara kalah mati, termasuk dua pasukan pilihan KPL iaitu AG.AL dan TT Global. Grand Final dijadualkan pada 26 Julai dalam format Bo7.
Acara Dalam Permainan
Pelbagai kandungan istimewa diperkenalkan, termasuk Honor Pass edisi khas kejohanan yang membolehkan pemain menebus skin eksklusif secara percuma. Turut disediakan ialah sistem undian pasukan kegemaran dan kuiz ramalan keputusan perlawanan.
Tiga pasukan Malaysia, Black Shrew Esport (BSE), NOVA Esports (NOVA) dan Alpha Gaming akan bertanding di kejohanan ini nanti.

setahun yang lepas