Corina Boettger pelakon suara Paimon Genshin Impact mengumumkan dia tidak akan menyuarakan karakternya sehingga memaksa HoYoverse untuk mencari pengganti baru.
Walaupun tidak termasuk dalam projek kesatuan (union), Genshin Impact kini terpalit masalah boikot pelakon suara yang berkaitan dengan kesatuan SAG-AFTRA.
Hal ini menyebabkan ramai pelakon suara Bahasa Inggeris tidak boleh bekerja atau tidak mahu bekerja.
Seperti yang dijelaskan oleh Joe Zieja, pelakon suara Bahasa Inggeris Wriothesley di Genshin Impact, permainan video HoYoverse tidak termasuk pun dalam senarai projek kesatuan.
Pelakon-pelakon suara itu tidak secara rasmi perlu melakukan piket. Semua ini disebabkan peraturan SAG-AFTRA yang mengatakankan pelakon suara dalam union tidak dibenarkan untuk bekerja dengan projek bukan union. Perkara ini menjadikan Genshin Impact yang tidak berkaitan terkena dengan tempias mogok ini.
Pelakon suara Venti Erika Harlacher-Stone pula mahu menyuarakan Venti untuk versi 5.6 tetapi mengatakan dia diugut oleh SAG-AFTRA.
Pengesahan Corina Boettger dibuat di akaun Blueskynya yang dia tidak lagi akan menyuarakan suara Paimon sehingga HoYoverse menandatanganni persetujuan interim yang diberikan oleh SAG-AFTRA kepada HoYoverse. Pengesahan ini dibuat selepas video temuduganya dengan Paperbag Boy.
Thanks @paperbagboy.bsky.social for having me. But yeah I make the announcement here that after John got recast, that was the final straw for me & I told hoyo I was not coming back to record until they signed the SAG interim agreement, as I have still been dealing with my youtu.be/nmlJhpexL4k?…
— Corina Boettger (@corinaboettger.bsky.social) May 31, 2025 at 8:33 AM
HoYoverse pula tidak boleh menandatanganni perjanjian ini tanpa melanggar undang-undang negara China.
Pilihan yang lebih mudah dan baik adalah dengan menggantikan terus pelakon suara Paimon dan pelakon-pelakon suara bahasa inggeris lain yang tidak mahu bekerja dengan HoYoverse.
Menurut Boettger, keputusan ini dibuat selepas Kinich dalam Genshin Impact ditukarkan pelakon suara kepada Jacob Takanashi. Takanashi seorang penduduk Jepun yang tidak ada kaitan dengan piket ini terkena tempias pembulian atas talian oleh Boettger dan beberapa pelakon suara yang lain.

Foto: HoYoverse
Dia (pelakon suara baru Kinich) dianggap sebagai scab. Scab adalah seorang pekerja yang tidak mahu menyertai satu mogok/piket yang sedang dibuat oleh satu persatuan.
Komen-komen dari Boettger dan pelakon suara lain adalah sangat tidak sesuai dan tidak profesional. Hal ini menyebabkan ramai peminat Genshin Impact sedar piket yang dibuat itu hanyalah untuk kepuasan masing-masing tetapi berada disebalik alasan AI dan SAG-AFTRA.
Boettger juga mengatakan dia berhenti disebabkan pembayaran yang sedikit.
Disebabkan SAG-AFTRA tidak mahu menandatangani perjanjian “terbaik dan terakhir” yang diberikan HoYoverse, nampaknya ramai pelakon suara bahasa inggeris Genshin Impact perlu membuat keputusan yang sukar untuk berhenti menjadi pelakon suara Genshin Impact atau tidak.
Dalam banyak masalah-masalah yang dibuat oleh pelakon-pelakon suara ini untuk memastikan mereka tidak digantikan AI mereka sendiri lupa mereka boleh digantikan oleh pelakon suara lain.

setahun yang lepas