HoYoverse mengumumkan Varsapura permainan video terbaru dunia terbuka yang masih dalam pembikinan menggunakan Unreal Engine 5.
Setakat ini tidak banyak maklumat yang ada mengenai Varsapura tetapi semua yang ada hanya dari video demo gameplay 31 minit.
SEAL – Shadow Emergency Alliance
Internal Directive 047-EX.
Semua rakaman ini ditangkap menggunakan operasi langsung. (nama kod: RTX4090)
Setelah memasuki Varsapura, protagonis boleh mengubah rupa mengikut apa yang penonton suka. Asal usul efek parapsikologikal ini masih belum diketahui.
Anda perlu bertenang dan elakkan sebarang spekulasi untuk mengelakkan gangguan Cognosea berlaku. SEAL akan terus memantau spektrum penuh ini.
SEAL telah diberi kuasa untuk menggunakan bahasa inggeris sahaja buat masa ini. Untuk memastikan operasi diteruskan semua kakitangan perlu ditetapkan mengikut inisiatif kajian mereka sendiri. Modul bahasa lain masih dibangunkan dan akan dilancarkan selepas lebih stabil.
Kami sedang mencari individu dengan ketajaman persepsi dan kognitif yang tinggi.
Sertai SEAL. Cipta kelainan.
Permainan
Dari trailer permainan menunjukkan protagonis menggunakan payung sebagai senjata dan satu karater lagi menggunakan kertas dan fail sebagai senjata untuk menyerang.

Foto: HoYoverse
Berdasarkan video pemain juga boleh menggunakan 3 karakter dimana setiap karakter mempunyai kelebihan tersendiri.

Foto: HoYoverse
Setakat ini kita masih belum mengetahui bila Versapura akan dilancarkan. HoYoverse juga masih mencari beberapa staf baharu untuk pejabat Shanghai dan Singapura.

setahun yang lepas