Infinix Campus Cup (XCC) 2025 kini membuka pendaftaran, peluang sebagai penuntut universiti ke pentas e-sukan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Infinix, dalam satu kolaborasi dengan MLBB kini melancarkan Infinix Campus Cup (XCC) 2025, satu kejohanan yang lebih besar dari sebelumnya, Infinix University League (XUL).

Dianjurkan khusus di rantau Asia Tenggara dari bulan Mei ke Julai ini, XCC 2025 akan menjadi pentas untuk mahasiswa dari Indonesia, Malaysia, Kemboja, Myanmar dan Filipina untuk merasai pengalaman menjadi pemain e-sukan.

Kejohanan ini dikuasakan oleh siri Infinix GT di mana pemain akan menggunakan peranti itu yang direka khas untuk kemenangan. Kejohanan ini akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pemain profesional di peringkat akar umbi di serata Asia Tenggara kelak.

Terdapat tiga peringkat iaitu kelayakan terbuka tempatan dan peringkat kumpulan pada Mei hingga Jun dan peringkat kebangsaan bagi setiap negara dari Mei ke Jun ini.

Malaysia akan menjalankan peringkat kebangsaan pada minggu ketiga bulan Mei ini.

Grand Final peringkat serantau pula akan diadakan dari 2 Julai hingga 6 Julai ini di Manila, Filipina dengan hadiah terkumpul AS$30,000 menjadi rebutan berserta MLBB Diamonds.

Pendaftaran sudah pun dibuka dan anda boleh mula mendaftar di pautan INI.

RELATED NEWS

+