MLBB bakal lancar set kad koleksi bersama KAYOU

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Mobile Legends: Bang Bang bakal melancarkan set kad koleksi dengan kolaborasi bersama KAYOU.

Foto: MOONTON Games

KAYOU pernah melakukan kolaborasi dengan banyak francais besar seperti Naruto, Hatsune Miku, Detective Conan dan lain-lain lagi.

Pengumuman ini dibuat di laman rasmi MLBB di X.

Banyak lagi maklumat penting tidak diketahui seperti bagaimana set ini akan berfungsi dan tarikh pelancaran.

Foto: MOONTON Games

Seperti dalam gambar yang dikongsi, Kagura adalah kad pertama yang diumumkan dengan spekulasi seperti Miya, Layla, Zilong dan pelbagai lagi hero-hero lain yang akan mempunyai kad mereka tersendiri di Card Realm nanti.

Set kad koleksi ini sudah semestinya bakal menjadi kegilaan ramai peminat MLBB tetapi semuanya mengikut penawaran dan permintaan.

RELATED NEWS

+