Infinix lancarkan XBAND, gabungkan pemantauan kesihatan dan rekaan canggih

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Infinix memperkenalkan XBAND, sebuah gelang pintar bergaya yang direka khas untuk gaya hidup aktif dan sihat generasi muda masa kini. Dengan rekaan minimalis seberat hanya 24g dan ketebalan 8.99mm, XBAND menggabungkan keselesaan, gaya dan fungsi dalam satu peranti untuk pengguna yang sentiasa bergerak.

Skrin sentuh berwarna HD 1.57′ memberikan pengalaman penggunaan yang lancar bersama aplikasi My Health untuk pemantauan kesihatan secara langsung.

Band ini menawarkan pelbagai fungsi kesihatan termasuk pemantauan kadar degupan jantung, tahap oksigen dalam darah, kualiti tidur, tekanan, kitaran haid dan latihan pernafasan. Dengan lebih 100 mod senaman yang disokong, XBAND sesuai untuk rakyat Malaysia yang aktif dan ingin menjejak pelbagai aktiviti fizikal harian mereka.

Menurut Tommy Xiong, Country Manager Infinix Malaysia, “XBAND direka untuk membantu rakyat Malaysia mencapai keseimbangan hidup sihat dalam dunia yang serba pantas dengan gaya yang tersendiri,”

Selain ketahanan bateri sehingga 12 hari dan masa pengecasan sekitar dua jam, XBAND juga dibina dengan bahan tahan lasak serta kalis air dan habuk (IP68). Ia juga menawarkan lebih 100 pilihan watchface dan tali tangan.

Ia kini boleh didapatkan di stor rasmi Infinix di platform e-dagang Shopee dan Lazada serta Tiktok dengan harga RM169.

TAGS

RELATED NEWS

+