Infinix, jenama teknologi yang kian popular dalam kalangan generasi muda, mengajak ramai orang untuk melihat prestasi dan keupayaan Infinix GT20 PRO sebagai Telefon Rasmi untuk Liga Akademi Mobile Legends: Bang Bang (MAL MY) Musim Kedua. Telefon ini direka untuk prestasi tinggi dengan sistem dwi-cip yang menawarkan ciri profesional pada harga berpatutan.
Playoff kejohanan MAL MY akan berlangsung dari 24 hingga 27 Oktober di Dewan Tan Sri Ainuddin, UTM KL. Infinix akan membuka booth dari jam 10 pagi hingga 10 malam, dengan aktiviti menarik dan hadiah bernilai sehingga RM20,000. Pengunjung boleh menyertai permainan interaktif dan mendapatkan barang percuma seperti jersi Homebois dan item dalam permainan.

Peminat juga berpeluang bertemu pasukan Homebois secara langsung dan menyertai Cabutan Jersi Homebois dengan 50 jersi eksklusif yang ditandatangani oleh Daddyhood. Acara ini berlangsung dari 4 petang hingga 6 petang pada 24 Oktober ini. Selain itu, pengunjung boleh mencuba telefon pintar terbaru Infinix setibanya di sana nanti.
Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

setahun yang lepas