Infinix GT 30 Pro adalah peranti gaming rasmi bagi kejohanan Infinix Campus Cup

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Infinix kini mengumumkan penganjuran Infinix Campus Cup (XCC) 2025 dengan kerjasama MLBB. Peranti terbaru mereka, GT 30 Pro akan debut di kejohanan ini.

Pertandingan kali ini membabitkan penyertaan peringkat akar umbi dari Malaysia, Indonesia, Kemboja, Myanmar, dan Filipina.

GT 30 Pro juga akan debut di liga profesional MLBB, liga pembangunan (MDL) dan Liga Super MLBB Myanmar.

Peranti ini menggunakan cipset MediaTek Dimensity 8350 5G, paparan AMOLED 144Hz dan lain-lain lagi.

Infinix Campus Cup sudah pun memulakan pusingan pendaftaran pada Mei lalu dan Grand Final akan dianjurkan di SM Mall of Asia Music Hall, Filipina pada 6 Julai ini. USM Vendetta adalah wakil Malaysia yang akan bertanding merebut hadiah terkumpul AS$30,000 dan ganjaran eksklusif esukan dari Infinix kelak.

RELATED NEWS

+