Piala Esports Malaysia 2025 yang mempertandingkan MLBB kini menjadi platform terbaik bagi mencari empat pasukan teratas untuk bertanding bersama Selangor Red Giants bagi mencari pasukan manakah akan menjadi wakil tunggal negara di Kejohanan World Esports Championship (WEC 2025) tahun ini.
Presiden Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF), Muhammad Naim Al Amin Saharudin berkata, pemilihan wakil tunggal MLBB ke WEC 2025 turut termasuk staf kejurulatihan pasukan itu.

Naim memberi ucapan
“Kita memilih dari empat terbaik hari ini dan akan mengadakan satu lagi pemilihan bersama Selangor Red Giants. Yang menang akan mewakili negara ke WEC termasuk jurulatih dan pengurus.
“Kita taknak asingkan (pemain dan coaching staff) kerana pasti ada meta atau resipi yang tidak mahu dikongsi (kepada pasukan lain),” katanya dalam satu sidang media bersama wartawan di Pusat Pameran Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur hari ini.
Difahamkan, proses pemilihan seterusnya itu dijangka akan diadakan pada hujung bulan April ini.
Bagi judul esukan lain, akan ada pemilihan lain diadakan kelak dan butiran lanjut akan diumumkan kemudian.
Pada tahun ini WEC 2025 mempertandingkan lima esukan iaitu eFootball, MLBB, Counter Strike 2, DOTA 2 dan PUBG Mobile.
Manala untuk proses pemilihan Sukan SEA di Bangkok, Thailand, Naim berkata, bagi esukan yang mempunyai liga profesional, mereka akan berkolaborasi dengan penerbit permainan. Esukan lain yang tak mempunyai liga profesional pula akan mengikuti proses leaderboard bersama dengan siri Liga Esukan Malaysia (MEL).
“Sebagai contoh untuk MLBB kategori lelaki, kami akan melihat dari sudut MPL. Bagi kategori wanita, akan ada liga tersendiri. Sama juga dengan eFootball dan game-game lain.
“Kalau esukan itu tiada liga profesional, inilah peranan kami bersama Esports Integrated (ESI) menghidupkan liga dan kejohanan untuk kita dapat kenalpasti pemain-pemain boleh dipilih.
“Di bawah MEL akan ada lapan judul esukan. Sekurang-kurangnya akan ada tujuh kelayakan luar talian dan lima dalam talian sebelum mereka ke grand final,” katanya.
Naim turut mengatakan Malaysia mengambil bahagian dalam semua esukan dipertandingkan di Sukan SEA iaitu eFootball, MLBB kategori lelaki dan wanita, AOV, Free Fire dan Fifa Online 4.
MESF meletakkan sasaran dua pingat emas untuk dua kategori iaitu MLBB dan juga Arena of Valor (AOV).

setahun yang lepas