Komuniti League of Legends kini sedang mengamuk disebabkan pengumuman yang dibuat oleh Riot Games.
Ini sebab Riot Games membuang Hextech Chest percuma dari permainan video mereka.
Bagi anda yang tidak tahu, Hextech Chest adalah lootbox percuma dimana anda boleh mendapat skin secara percuma dalam League of Legends.
Menurut Riot, mereka membuang Hextech Chest kerana pemain mendapat terlalu banyak skin percuma dan perkara ini sebenarnya tidak bagus untuk perniagaan.
In this Dev Update @RiotPabro and @RiotMeddler explain why we removed free Hextech Chests and talk more about the thinking behind the change. They also talk about some improvements to the Battle Pass and skins, as well as an update on Swiftplay, information about Arena’s return,… pic.twitter.com/M2jutlRZ4H
— League of Legends (@LeagueOfLegends) February 7, 2025
Antara perkara penting dalam video adalah:
- Chest percuma menjadi cara untuk pemain mendapatkan skin
- Ini membuat setiap pemain mempunyai koleksi skin yang terlalu banyak
- Disebabkan ini, pemain yang membeli skin akan berkurangan.
- Hal ini menyebabkan kekurangan untung buat syarikat walaupun baik untuk pemain tetapi tidak baik untuk jangka masa panjang LoL
Secara logik, jika satu permainan video percuma memberi terlalu banyak barang percuma, sudah semestinya tiada insentif untuk pemain mengeluarkan wang bagi membeli skin atau kosmetik yang lain.
Tetapi perkara ini lain untuk Riot Games setelah merombak kembali sistem mereka malahan terbukti sistem baru ini memerlukan anda mengguna masa yang sangat banyak semata-mata untuk mendapat satu champion apatah lagi mendapatkan skin.
Ramai pemain League of Legends berang dengan perkara ini selepas Riot membuat banyak lagi perkara lain seperti Battle Pass yang tidak memuaskan, kualiti skin yang sangat teruk, skin terlalu mahal, sistem gacha, balance dalam LoL, dan pelbagai lagi masalah baharu atau yang telah lama menjadi duri untuk LoL.

Foto: Arcane
Hal ini juga membuatkan lebih ramai orang marah apabila Riot Games mahu membuat lebih banyak siri seperti Arcane yang memakan kos yang sangat besar iaitu AS$250 juta (RM1.12 bilion) walaupun sudah pasti siri ini tidak terlalu menguntungkan syarikat walaupun mendapat kritikan yang baik.
Dalam video yang dikongsikan Riot Games mereka juga mengatakan skin-skin ini dijual supaya mereka boleh membuat lebih banyak projek seperti Arcane.
Sebagai pemain, ramai mengatakan mereka hanya mahu menyokong League of Legends semata-mata untuk membuat atau menjadi tabung bagi siri Arcane sahaja.
Hubungan Riot Games dan komuniti mereka kini kian menjauh.

setahun yang lepas