JDM: Japanese Drift Master – Jadi Raja Drift di Jepun!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

JDM: Japanese Drift Master membawa kembali nostalgia bermain permainan video drift sama seperti memori bermain Need For Speed dahulukala.

Kali ini JDM: Japanese Drift Master hadir dengan tujuan untuk menerapkan terus budaya drift dari Jepun dan asal usulnya.

Permainan ini juga mempunyai penceritaan dan dunia terbuka di mana anda adalah orang baru yang didedahkan kepada komuniti drift di Jepun.

Dalam permainan ini juga terdapat beberapa misi yang mengingatkan anda kepada Crazy Taxi seperti menghantar sushi, membantu rakan, dan berlumba dengan orang ramai.

Foto: Gaming Factory

Terdapat lebih 30 model kereta termasuk beberapa kereta betul yang telah mendapat lesen seperti Honda, Mazda, Nissan, dan Subaru.

Dunia terbuka JDM: Japanese Drift Master juga sangat besar dimana anda boleh memandu di dalam peta seluas 250km.

Setiap kereta yang anda dapat juga boleh diubahsuai di Tuner Shop untuk prestasi dan sudah semestinya menjadikan kereta anda yang tercantik.

Foto: Gaming Factory

Sistem ini juga memberikan anda banyak pengetahuan mengenai budaya tuner dan touge (drift di jalan gunung-ganang) di Jepun dengan lagu-lagu EDM dari radio kereta anda sendiri.

JDM: Japanese Drift Master boleh dibeli di Steam, GOG, dan Epic Games Store. dengan harga RM119 dengan potongan harga 15% untuk dua minggu pertama pelancaran.

RELATED NEWS

+