Umamusume: Pretty Derby adalah permainan video gacha dimana anda melatih perempuan kuda untuk berlumba.
Setiap Uma yang ada dalam Umamusume adalah berdasarkan kuda lumba sebenar yang wujud. Ini menyebabkan ramai pemain dan peminat Umamusume mencari cerita sebenar disebalik kuda lumba kegemaran mereka.

Foto: Cygames
Siapa sangka minat anda akan bertukar menjadi betul.
Inilah yang berlaku kepada seorang pemain Umamusume yang membeli kuda lumba sebenar dengan nama Jax Belle, kuda betina yang berumur 5 tahun.
Dengan nama Oxijinn_ dia mengongsikan berita ini di r/UmaMusume.
Jax Belle telah berlumba pertama kali pada 25 Julai lepas tetapi mendapat tempat terakhir akibat kecederaan sehari sebelum perlumbaan pertamanya.
Oxijinn mengatakan dia memerlukan AS$ 7000 (RM 30 ribu) setahun untuk memastikan Jax Belle sihat, diberi makan, dijaga dan dilatih dengan baik.
Belle kini akan berehat untuk beberapa minggu sebelum debut untuk berlumba lagi. Oxijinn juga menambah dia percaya Jax Bell adalah satu pelaburan yang baik untuk jangka masa panjang.
Jax Belle juga sudah mempunyai profilnya sendiri di Sky Sports.

setahun yang lepas