Jujutsu Kaisen Modulo – Spin-off JJK 68 tahun selepas Culling Game

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Satu manga spin-off Jujutsu Kaisen (JJK) telah pun dilancarkan di Weekly Shonen Jump.

Spin-off sekuel ini akan ditulis oleh Gege Akutami sendiri tetapi dilakar oleh Yuji Iwasaki (Cipher Academy).

Akutami mengatakan siri spin-off ini adalah siri jangka masa pendek yang akan berlanjutan sehingga setengah tahun (jika tidak dibatalkan).

Jujutsu Kaisen Modulo kali ini akan menceritakan dunia JJK 68 tahun selepas Culling Game.

Foto: MangaPlus

Watak utama kali ini ialah dua orang adik beradik dan cucu kepada Yuta Okkotsu iaitu Yuka (16) & Tsurugi (17) Okkotsu.

Antara watak alien yang diperkenalkan ialah Marulu Val Vol Yelvori yang menyamar sebagai seorang pengguna jujutsu dari luar negara.

Gege Akutami Confirms Mojuro as a Jujutsu Kaisen Spin-Off Series | Beebom

 

Pada tahun 2086, satu bangsa alien yang bergelar Simurians telah sampai ke Bumi dengan kapal angksasa mereka.

Apa yang akan berlaku apabila pengguna Jujutsu dan alien bertembung?

Manga ini telah pun dilancarkan secara rasmi dalam pelbagai bahasa di Shonen Jump dan aplikasi MANGA Plus.

RELATED NEWS

+