Infinity Nikki akan memperkenalkan kemas kini terbaru mereka iaitu Danqing Season V1.8.
Versi kami ini akan membawa pemain ke Pulau Danqing yang penuh dengan dunia mistik yang menggabungkan realiti dan lukisan.
Acara ini mengambil inspirasi dari seni klasik China untuk meraikan warna, seni halus dan warisan budaya China.
Nikki dan Momo akan menemui satu skrol misteri yang membawa mereka ke pulau dan dilindungi masa.
Walaupun dengan rupa yang cantik, pulau ini mempunyai satu misteri dimana penduduk mula hilang satu persatu dan Nikki perlu membongkar misteri ini.
Tiga Costume baharu akan diperkenalkan:
Clouded Loong (5 Bintang) – Rekaan pakaian berunsurkan naga putih sebagai simbil kebijaksanaan dan tuah.

Foto: InFold Games
Forever Bond (5 bintang) – Kostum mistik dengan kesan racun dan solekan roh kucing lagenda.

Foto: InFold Games
Danqing Craft – Kostume khas ability outfit dimana Nikki boleh mengubah objek menjadi bentuk dakwat atau rupa asalnya.

Foto: InFold Games
Bos baharu juga akan diperkenalkan iaitu Painting Loong yang menjadi pelindung misteri di pulau itu.

Foto: InFold Games
Kemaskini ini juga akan mempunyai beberapa acara terhad seperti “Momo, Where are you?” iaitu acara interaktif untuk pemain membuat misi mencari Momo.
Muat turun Infinity Nikki di Steam, Android dan iOS.

setahun yang lepas