Infinity Nikki Versi 1.5: Musim buih di Miraland dengan fungsi co-op dan multiplayer baharu

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Infold Games kini mengumumkan pelancaran rasmi bagi Infinity Nikki versi 1.5: Bubble Season bermula 29 April ini.

Kemaskini utama ini membawa pelbagai ciri sosial yang sudah lama dinantikan peminat, termasuk arena multiplayer baharu yang mempesona, acara bermusim, serta tiga busana bertaraf lima bintang yang memukau, termasuklah pakaian ikonik yang dinanti-nantikan, Sea of Stars.

Tambahan pula, Infinity Nikki kini boleh dimainkan di Steam, membolehkan lebih ramai pemain menyelami dunia ajaib Miraland dan menikmati ciri baharu co-op dua pemain secara dalam talian. Pemain kini boleh menjelajah seluruh dunia Miraland bersama rakan-rakan, teleport antara satu sama lain, bergambar dalam permainan, serta menikmati pelbagai interaksi yang lebih mesra dan menyeronokkan.

Versi 1.5 turut memperkenalkan elemen permainan baharu yang berasaskan kerjasama.

Cabaran Bubble Trails memerlukan dua pemain bekerjasama menggunakan prop istimewa untuk menghasilkan buih-buih berwarna yang mendedahkan laluan tersembunyi. Selain itu, misi Bubble Escort memerlukan pemain untuk melindungi buih dari halangan dan angin kencang sambil mengendalikan pelbagai mekanisme yang memerlukan koordinasi dan kreativiti untuk berjaya.

Elemen-elemen baharu ini menambah cabaran serta memberikan nafas baru kepada permainan dengan pendekatan lebih dinamik dan interaktif.

Ketika acara bermusim Bubble Season berlangsung, Serenity Island akan berubah menjadi taman ajaib yang dipenuhi buih dan kegembiraan. Pemain berpeluang menaiki Bubble Gondola, menggunakan pakaian dengan kuasa khas untuk mencipta tiang air melambung tinggi, bergaya di pentas peragaan, dan menyertai pelbagai aktiviti serta mini-event menarik.

Dua pakaian bertaraf lima bintang akan ditawarkan dalam masa terhad, selain lima pakaian percuma yang boleh diperoleh termasuklah kembalinya pakaian kegemaran ramai iaitu Sea of Stars. Pakaian ini boleh dikumpul secara percuma menggunakan bahan dalam permainan dan dilengkapi dengan kebolehan khas menjadikan langit malam bercahaya indah.

Sebagai tambahan istimewa, kemaskini ini turut memperkenalkan sistem mewarna pakaian yang ditunggu-tunggu. Pemain kini boleh mengubah warna setiap bahagian pakaian, mencipta gaya tersendiri, dan berkongsi reka warna unik dengan komuniti.

Dengan lebih banyak pilihan untuk berekspresi dan berfesyen, Bubble Season menjanjikan musim yang paling magikal setakat ini.    

RELATED NEWS

+