Meraikan Ulang Tahun Ke-2 Love and Deepspace – Kemas kini Versi 5.0

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Infold Games telah mengumumkan pelancaran Versi 5.0 bagi Love and Deepspace bersempena sambutan ulang tahun kedua.

Kemas kini ini akan bermula pada 31 Disember 2025 sehingga 21 Januari 2026 di mana pemain boleh menikmati banyak kandungan baharu, ganjaran lumayan dan pelbagai acara menarik.

Hadiah Sambutan Ulang Tahun untuk semua pemain

Foto: Infold Games

Setiap pemain boleh mendapat pelbagai hadiah dengan hanya log masuk ke acara ini.

Pemain boleh mendapatkan perabot Garden Villa beserta lebih 1000+ barangan Ulang Tahun ke-2, lima 4-star Memories, 20 pulls percuma dan 1,380 diamonds.

Penceritaan Baharu “To Out Yesterday”

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Love and Deepspace (@loveanddeepspace)

Empat babak baru yang melibatkan Rafayel dan Xavier akan dilancarkan pada 2 Januari 2026 ini.

Pemain yang menghabiskan penceritaan ini akan mendapat kostum khas dengan 1,000 diamonds.

Acara Terhad “Throne of Eros”

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Love and Deepspace (@loveanddeepspace)

Throne of Eros akan memperkenalkan penceritaan aksi dimana watak utama dan wira pilihan anda akan berada di pihak bertentangan. Pemain yang menyertai acara ini boleh memenangi 5-Star Memories eksklusif dan aksesori unik.

Acara “Royal Masque”

Foto: Infold Games

Acara terbaru dimana pemain boleh terokai jalan cerita teater dimana anda boleh meluahkan perasaan tersembunyi kepada karakter pilihan semasa latihan pementasan.

Foto: Infold Games

Sistem Perumahan Baharu

Foto: Infold Games

Pemain kini boleh membina dan menghias rumah sendiri.

Anda boleh menjemput karakter kegemaran untuk melawat, berkebun dan berinteraksi dalam suasana yang realistik.

Foto: Infold Games

Optimasi Storan

Foto: Infold Games

Satu ciri baru akan diperkenalkan dimana data lama akan dibuang bagi membantu prestasi permainan menjadi lebih lancar pada peranti anda.

Jangan lupa muat turun Love and Deepspace di sini dan melawat laman rasmi Instagram mereka.

 

RELATED NEWS

+