Kemaskini terbaru Infinity Nikki Versi 1.6 Playful Season

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Infinity Nikki akan meraikan kemas kini terbaru mereka iaitu Playful Season untuk versi 1.6 dan telah pun dilancarkan semalam.

Stoneville akan diubah menjadi tempat festival yang penuh keriangan meraikan zaman kanak-kanak dan kasih sayang antara satu sama lain.

Nikki dan Momo kali ini akan bertemu dengan satu pari-pari yang telah disumpah. Mereka berdua juga akan bertukar menjadi pari-pari untuk membuang sumpahan tersebut disamping pengembaraan baharu.

Kisah kali ini akan mengetengahkan tema keberanian, keprihatinan dan semangat berpasukan.

Musim ini juga akan memperkenalkan interaktif seperti laluan langit di mana pemain boleh terbang, permainan labu berpusing dan trampolin yang berbentuk ayam gemuk.

Sudah semestinya beberapa kostum baharu juga akan diperkenalkan termasuk Enchanted Encounter yang bakal memikat ramai pemain.

https://static0.gamerantimages.com/wordpress/wp-content/uploads/2025/06/infinity2.jpg?q=49&fit=crop&w=750&h=422&dpr=2

Beberapa barang perhiasan baru juga akan hadir seperti kuda goyang dan kawah ramuan magik berwarna-warni.

Playful Season kini boleh dimainkan oleh kesemua pemain Infinity Nikki.

RELATED NEWS

+