Hero mage, Zhask seringkali dimainkan di mod classic atau ranked tapi jarang di kancah profesional. Namun, situasi kini berubah selepas kelibat hero itu boleh dilihat dengan kerap di peringkat kumpulan Challenge Finals, Snapdragon Pro Series musim kelima baru-baru ini.
Penulis bertanyakan kepada Syed Fitri Abharshah atau Sunfrost mengenai persoalan ini.
“Ada perubahan baharu pada Zhask. Pertama sekali, dulu nightmaric spawn perlu serang dua kali sebelum mengeluarkan death ray. Tapi sekarang ia automatik death ray secara berterusan.
“Zhask juga tidak terikat dengan spell Inspire lagi dah dan juga Feather of Heaven.
“Itemization untuk Zhask lebih fleksibel jadi tidak hairanlah hero ini sering dimainkan dalam meta sekarang.

Selain itu, Zhask kini mempunyai ulti yang boleh dipilih di mana anda ingin enhanced nighmaric spawn muncul, bukannya bergantung kepada posisi terkini nightmaric spawn (skill 1) lagi.
Sunfrost berkata, perubahan besar pada Zhask ini membuka mata pemain dan jurulatih untuk mencari cara memenangi perlawanan ke atas Zhuxin, hero mage terbaru yang mempunyai serangan jauh.

“Exp hero sekarang juga mengutamakan hero yang agak ‘berat’ seperti Terizla, Ruby dan Edith. Mereka menghadapi kesukaran lawan Zhask dan perlu mengharapkan Jungler Assassin untuk gank sahaja,” katanya.
Keupayaan hero ini untuk bermain di mana-mana lane menyebabkan sesi drafting menjadi lebih sukar diduga.
Zhask kini adalah hero yang paling banyak dipilih ketika SPS berlangsung iaitu sebanyak 21 kali perlawanan, diikuti Roger dengan 17 perlawanan.

setahun yang lepas