MPL ID S16 akan bermula 22 Ogos ini

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Liga Profesional MLBB (MPL) Indonesia musim ke-16 akan bermula tidak lama lagi. Namun, kali ini perubahan dapat disaksikan apabila Indonesia sedang bersedia menjadi tuan rumah untuk kejohanan dunia MLBB iaitu M7.

Musim liga (regular season) akan bermula dari 22 Ogos hingga 19 Oktober ini di MPL Arena di Tanjung Duren, Jakarta di mana sembilan pasukan terbaik Indonesia bertarung merebut slot mereka untuk ke #RoadtoM7.

Pada musim lalu, grand final MPL ID S15 merekodkan sebanyak 4.1 juta tontonan puncak di pelbagai platform, menurut laporan Esports Charts, paling tinggi dalam liga.

Musim ini juga menyaksikan ONIC ID membuat perubahan besar-besaran dengan menambahkan Skylar ke dalam roster. Ini adalah senarai pasukan-pasukan akan menyertai MPL ID S16:

  1. Alter Ego Esports
  2. Bigetron Esports
  3. DEWA United Esports
  4. EVOS
  5. Geek Fam
  6. NAVI
  7. ONIC ID
  8. RRQ Hoshi
  9. Team Liquid ID

RELATED NEWS

+