Ikon Umamusume & kuda lumba lagenda Gentildonna meninggal dunia pada umur 16 tahun

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Gentildonna adalah antara kuda paling berjaya di Jepun dan juga antara karakter Umamusume: Pretty Derby paling disukai dalam permainan itu.

Kuda tersebut telah meninggal dunia pada umur 16 tahun.

Foto: Twitter

Pengumuman ini dibuat di Sunday Thoroughbred Club, semalam mengatakan Gentildonna telah meninggal dunia di Northern Farm Hokkaido pada 25 November lepas.

Gentildonna telah meninggalkan dunia pada hari sama memenangi Japan Cup pada tahun 2012 dan meneruskan kekuatannya untuk memenani Japan Cup tahun 2013.

Dilahirkan pada tahun 2010, Gentildonna adalah antara kuda paling ikonik Jepun dengan tujuh kemenangan Grade 1 dan banyak lagi anugerah lain.

Tambahan lagi, Gentildonna juga digelar “Gorilla” kerana lariannya yang penuh kekuatan dan mendominasi setiap trek.

Foto: Cygames

Dalam Umamusume, Gentildonna adalah uma dengan rambut bewarna perang dengan perhiasan emas di telinga kirinya. 

Dia juga mempunyai personaliti penuh kebanggaan, keazaman yang kuat dan selalu menunjukkan kekuatan yang sangat kuat.

Sejak pelancaran server global, ini adalah kehilangan ketiga selepas Haru Urara dan Grass Wonder.

RELATED NEWS

+