Kenapa masih tiada Genshin Impact killer?

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Genshin Impact menjadi satu penanda aras yang sangat tinggi sehingga kesemua permainan video gacha bertemakan aksi dunia terbuka disamakan dengannya.

Ia bukan sahaja permainan video anime tetapi sebagai piawai yang menyebabkan ramai meletakkan harapan tinggi buat permainan video baru gacha yang lain sehingga dilabel sebagai “Genshin Impact killer”.

Fenomena Genshin Impact

Gacha seperti Fate Grand Order, Goddess of Victory: Nikke, Love and Deespace dan lain-lain tidak dikira kerana kesemua permainan itu mempunyai pasaran dan fokus yang berbeza.

Kali pertama Genshin Impact dilancarkan adalah pada 28 September 2020 menunjukkan gaya anime dengan dunia terbuka yang mempunyai pemandangan yang cantik.

Permainan Genshin Impact ketika itu mungkin dianggap biasa tetapi mudah untuk dimainkan dan menarik pelbagai latar belakang pemain.

Tidak dilupakan kejayaan besar Genshin Impact bermula apabila ia kebetulan dilancarkan pada masa yang tepat iaitu semasa bencana pandemik COVID-19.

Foto: HoYoverse

Orang ramai tidak tahu untuk buat apa di rumah melainkan hanya berada di atas talian dan mendapat berita terdapat satu permainan video gacha baharu yang menarik orang ramai.

Banyak masa digunakan untuk bermain Genshin Impact.

Bagi orang ramai ini adalah pendedahan pertama mereka terhadap permainan video gacha.

Penceritaan dan penerokaan dalam Genshin Impact membuatkan ramai tertarik dan kawan-kawan diajak untuk bermain sesama-sama

Ia sudah menjadi gold standard untuk permainan video gacha yang utama.

Apa yang menyebabkan Genshin Impact begitu popular?

  • Estetik Anime : Anime sejak beberapa tahun ini menjadi tarikan lebih ramai orang daripada biasa.
  • Dunia yang besar : Teyvat iaitu dunia Genshin Impact menarik ramai orang untuk mencubanya disamping memberi pemain sebab untuk membuat penerokaan ke seluruh pelusuk dunia Teyvat.
  • Masa: Dilancarkan ketika COVID-19, nasib baik terus memihak kepada Genshin Impact di mana ramai orang cuba untuk bermainnya. Kawan-kawan juga diajak bermain bersama-sama.
  • Tidak pernah dibuat syarikat permainan video gacha: Genshin Impact sebagai permainan video gacha juga membuktikan gacha game boleh menjadi setaraf AAA bukan hanya waifu dan husbando dalam versi 2D.

Game apakah yang dikatakan Genshin Impact killer?

Terdapat banyak permainan video yang cuba menggunakan formula Genshin Impact tetapi tidak ramai berjaya mengatasi Genshin.

1. Tower of Fantasy

Foto: Arc Games Inc.

Pada mulanya Tower of Fantasy (ToF) dikatakan sebagai Genshin Killer pertama tetapi ramai orang merasakan ia lebih kepada MMO daripada mempunyai inovasi dan sistem penerokaan yang tidak sama seperti apa yang Genshin berikan.

Penceritaan yang kurang menarik dan rekaan karakter yang biasa sahaja membuat orang tidak terus bermain ToF.

Tambahan lagi kewujudan pepijat yang tersangat banyak ketika pelancaran ToF membuatkan lebih ramai orang terus berjauhan dengan permainan ini.

Walaupun masih mempunyai peminat berdedikasi, ToF masih mempunyai kemaskini terbaru walaupun jumlah pemain tidaklah seramai pelancarannya dahulu.

2. Wuthering Waves

Foto: KURO GAMES

Wuthering Waves berjaya membawa nafas baharu dengan mekanik berlawan lebih baik bersama banyak fungsi-fungsi baharu yang sangat diperlukan oleh Genshin Impact.

Pada awalnya ia mempunyai masalah penceritaan yang tidak menarik dan rekaan karakter yang kebanyakannya sangat biasa untuk dilihat.

Selepas setahun bertapak, Wuthering Waves kini mempunyai peminat mereka tersendiri walaupun tidak seramai Genshin Impact. Penceritaan mereka kini menjadi lebih baik dengan rekaan karakter yang setaraf rekaan karakter HoYoverse.

Permainan ini berjaya mendapat peminat mereka sendiri tetapi tidaklah sebesar Genshin Impact.

3. Ananta

Foto: NetEase

Ananta (sebelum ini Project Mugen) adalah permainan video anime dunia terbuka baharu dari NetEase.

Walaupun masih belum keluar, ia digelar sebagai “Genshin Impact killer” seterusnya.

Permainan dan dunia futiristik Ananta pasti akan menarik ramai orang untuk mencubanya.

Ada juga yang mengatakan ia adalah GTA bercampur Genshin Impact.

Kenapa game gacha lain gagal untuk menjadi lebih besar dari Genshin Impact?

  • Dunia kini menjadi biasa selepas pandemik COVID-19 berakhir orang ramai tidak lagi mempunyai masa untuk bermain gacha dalam masa lama.
  • Hype yang berlebihan: Ramai menjangkakan permainan baharu dapat mengalahkan Genshin dan meletakkan harapan tinggi. Harapan yang diletakkan terlalu tinggi sehingga tidak dapat mencapai apa yang mereka mahukan.
  • Innovasi yang lebih menarik dan berbeza: Ada beberapa perkara yang boleh diambil dari Genshin Impact tetapi idea dan inovasi original perlu menjadi perkara penting untuk dilihat.
  • Kualtiti juga perlulah tinggi tetapi memerlukan wang yang sangat besar: (Pembikinan Genshin Impact adalah lebih kurang AS$100 juta [RM4.33 juta])

Kesimpulan

Genshin Impact walaupun selepas banyak kontroversi akibat cara pengendalian HoYoverse — masih menjadi antara permainan video gacha terbesar.

Sejak kemunculan Honkai: Star Rail dan Zenless Zone Zero, ramai pemain Genshin berpindah ke permainan HoYoverse yang lain.

Genshin menjadi terlalu besar untuk mati’. Dilancarkan pada masa yang tepat, nasib yang baik dan innovasi permainan video gacha lain daripada yang lain menyebabkan sukar permainan lain untuk menjadi pesaing yang hebat.

Pemain yang sudah lama bermain juga tidak mahu berhenti bermain disebabkan ‘sayang’ dengan masa, wang dan penat lelah yang digunakan untuk bermain Genshin Impact.

Satu permainan boleh gagal apabila tidak dijaga dengan baik. Pengurusan yang salah boleh menjadi punca sesuatu game itu mati.

Permainan tidak akan mati jika mempunyai pengurusan yang baik. Mungkin “Genshin Impact killer” sebenar adalah HoYoverse sendiri.

Apabila terlalu ramai pemain bermain dan terlalu besar satu francais itu, adalah sangat susah untuk permainan itu mati.

Tetapi ramai pemain gacha perlu ingat. Semua gacha game akan sampai ke penghujungnya.

Pesaing sangat diperlukan seperti apa yang berlaku terhadap Overwatch 2 apabila munculnya Marvel Rivals. Sembilan tahun masa diambil untuk pembangun permainan video mengeluarkan sesuatu sehebat Marvel Rivals sebagai lawan Overwatch.

Genshin mungkin tidak lama lagi.

Inilah kenapa masih belum ada “Genshin Impact killer” di pasaran.

RELATED NEWS

+