Sony membeli Bungie iaitu studio disebalik Halo dan pencipta Destiny 2 dengan harga AS$3.6 bilion (RM16.35 bilion) pada tahun 2022.
Semenjak pemilikan itu, Ketua Pegawai Esekutif Bungie Pete Parsons sudah membeli lebih 20 kereta klasik.
Apa yang lebih mengecewakan, dia juga baru sahaja membeli beberapa kereta baharu walaupun baru sahaja memecat 220 staf Bungie.
Parsons walaupun sudah menjadi Ketua Pegawai Esekutif Bungie selama dua dekad, dia menerima banyak kritikan kerana Bungie tidak berupaya untuk mengubah evolusi Destiny 2 dan pemecatan yang dilakukan pada Oktober tahun lepas.
Ramai peminat Destiny 2 dan bekas pekerja Bungie menyatakan mereka mahu Pete Parsons untuk meletakkan jawatan.
Bungie lays off 17% of it's workforce… unrelated here is a list of cars the CEO has purchased on BAT
Players and workers need to support each other.https://t.co/48qToI4Cf7
— TAILORED (@boxrTailored) July 31, 2024
Tailored yang juga Pengurus TeamBoxr Valorant juga berkongsi kesemua jumlah kereta yang sudah dibeli oleh Pete Parsons.
Kenyataan yang dibuat oleh Parsons mengatakan Bungie sedang menghadapi masalah terus diendahkan begitu sahaja.
Menurut IGN pada Oktober tahun lepas, sesi soal jawab bersama bekas staf juga menanyakan soalan “Adakah ketua-ketua Bungie akan memotong gaji mereka untuk mengelakkan pemecatan?”
Tetapi jawapan yang mereka dapat hanyalah “Bungie bukan syarikat seperti itu.”

setahun yang lepas