Lepaskan Tumbukan: MapleStorySEA Umum Kolaborasi Besar Bersama Anime One-Punch Man Untuk Versi Update 249

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

MapleStorySEA kembali mengejutkan komuniti melalui kolaborasi dengan anime One-Punch Man. Mulai 11 Mac, pemain boleh merasai kuasa Saitama dalam permainan.

SAYS.com
Foto:  MapleStorySEA / SHUEISHA

Kolaborasi ini membawa kemunculan watak Saitama ke dunia MapleStorySEA.​ Pemain boleh menjadi karakter Saitama dan disajikan dengan pelbagai kandungan baharu seperti misi eksklusif, map tema One-Punch Man, mekanik permainan baru yang menangkap kekuatan hero dan aksi tanpa henti sama seperti anime One-Punch Man.​

Kolaborasi ini akan bermula pada 11 Mac 2026 seiring dengan kemas kini Versi 249 terbaru MapleStorySEA.

Jadi Watak Saitama

Foto: MapleStorySEA / SHUEISHA

Dalam MapleStorySEA, pemain kini boleh meneroka kuasa Saitama.​ Pemain juga boleh merasai tumbukan ikonik Saitama yang mampu mengalahkan musuh dengan satu tumbukan!

Gear & Pets One-Punch Man Eksklusif

SAYS.com
Foto:  MapleStorySEA / SHUEISHA

Kemas kini ini juga memperkenalkan heroic gear baharu bersama-sama barisan kosmetik kolaborasi. Melalui barangan Cash Shop, pemain boleh mendapatkan pakaian karakter, tema rambut dan kupon muka termasuk Petite Saitama, Petite Genos dan Petite Tornado menerusi Special Luna crystals.

Kalahkan Boss Centichoro Punch King & Jadi Genos!

SAYS.com
Foto: MapleStorySEA / SHUEISHA

Uji damage tertinggi anda! Pemain perlu bermain cabaran Centichoro Punch King untuk bertarung menentang Centichoro. Lebih tinggi jumlah mata, lebih banyak Punch Coins yang boleh diperoleh untuk ditukar dengan pelbagai ganjaran premium.  ​

Hanya yang terkuat sahaja boleh berada di atas!

Syarat Menyertai Acara Centichoro:

  • Karakter Level 200 ke atas (Watak Zero perlu tamatkan Bab 2 Cerita)​
  • Telah menyiapkan 5th Job Advancement dan menyertai acara Monster Park Uproar (Attendance Check Event)

Mekanik

  • Serang raksasa Punch King selama 2 minit untuk mendapat points sebanyak mungkin
  • Lebih banyak damage yang dilakukan, lebih banyak points akan dapat, mata maksima 5,100 points.
  • Apabila masa telah habis atau mencapai 5,100 points, pemain akan dihantar keluar ke exit map

Ganjaran Eksklusif Menanti

SAYS.com
Foto:  MapleStorySEA / SHUEISHA

  • Basic Punch Coin
  • Intermediate Punch Coin
  • Advanced Punch Coin
  • Lift the Barbell!

Harungi Virtual Battle System Sebagai Genos

SAYS.com
Foto: MapleStorySEA / SHUEISHA

Memperkenalkan Virtual Battle System di mana pemain boleh menjadi Genos dan menggunakan kemahirannya, termasuk Incineration Cannon dan Lightning Eye.

Versi 249 – Expedition System Terbaru

SAYS.com
Foto: MapleStorySEA

Selain dari kolaborasi ini,Versi 249 MapleStorySEA akan memperkenalkan Expedition System terbaru yang akan ditambah ke Dimension Library. Sistem ini berdasarkan setiap akaun pemain dimana satu sistem koleksi dengan informasi mengenai raksasa dalam dunia MapleStorySEA dari World Archive.

SAYS.com
Foto: MapleStorySEA

Apa yang perlu pemain buat adalah mengalahkan raksasa atau berinteraksi dengan NPC di serata dunia. Maklumat terbaru ini akan terus didaftarkan secara automatik ke encyclopedia. Pemain juga boleh melihat dan melawat kawasan-kawasan lama yang belum siap koleksinya dan memerlukan lebih eksplorasi. 

Setiap kali ensiklopedia dan informasi dipenuhkan, pemain akan memperoleh ganjaran kosmetik seperti kerusi, tema, dan pelbagai lagi ganjaran khas.

Acara Rock Star Rock Spirit

SAYS.com
Foto: MapleStorySEA

Acara Rock Star Rock Spirit adalah satu acara terhad yang datang bersama kemas kini Versi 249. Acara ini merekod aktiviti dan kehadiran pemain sekaligus memberi ganjaran lebih untuk pemain yang selalu bermain MapleStorySEA.Tanpa mengira level, semua pemain layak menyertai acara ini untuk mengumpul huruf-huruf Rock Star Rock Spirit bagi mendapatkan ganjaran eksklusif.

Selain itu, acara ini menggalakkan pemain untuk login setiap hari bagi menyiapkan semua koleksi yang ada untuk mendapat pelbagai hadiah.

Jangan lepaskan peluang anda untuk sertai acara ini dan mendapat pelbagai ganjaran bernilai tinggi!

Bersedia Untuk Ulang Tahun Ke-21 MapleStorySEA

SAYS.com

Foto: MapleStorySEA


Detik sambutan ulang tahun ke-21 MapleStorySEA sudah bermula!

  • Cabaran Harian: Kalahkan 2,000 raksasa dan tekan Prepare untuk kehadiran
  • Terlepas Hari Kehadiran? Jangan risau, pemain boleh menggunakan Attendance Pass dengan hanya 3,000 Maple Points
  • Ganjaran: 4 kali ganda EXP (30min) dan Karma Choice Additional Cube.

Jangan Terlepas Papan Iklan Gergasi MapleStorySEA x Anime One-Punch Man

Foto: MapleStorySEA (Gambar hanya sekadar ilustrasi)

Jangan terlepas pandang! Kemunculan iklan gergasi kolaborasi MapleStorySEA x Anime One-Punch Man.​

Pemain akan diberikan satu kod tebus dan pemain boleh mengimbas kod QR yang ada untuk menebus barangan in-game istimewa.​

Iklan ini akan muncul di 7 lokasi serata Kuala Lumpur dan Petaling Jaya bermula 7 Mac hingga 6 April 2026.​

Sertai semua Maplers dan nantikan Kolaborasi diantara MapleStorySEA x Anime One-Punch Man beserta Update 249 yang akan bermula pada 11 Mac tahun ini.​

Main dan muat turun MapleStorySEA di sini. ​

Jangan lupa layari laman rasmi MapleStorySEA dan ikuti laman sosial rasmi mereka di Facebook, Instagram, TikTok, YouTube dan X untuk maklumat lanjut!

 

Mengenai Anime ‘One-Punch Man’​

Saitama, seorang lelaki yang menjadi hero sebagai hobi. Dia telah menjalani latihan intensif selama tiga tahun dan mendapat kuasa sangat kebal.​

Tetapi dia telah menjadi terlalu kuat sehingga setiap musuh yang dijumpainya dikalahkan dengan hanya satu tumbukan.​

“Mempunyai kekuatan yang terlalu hebat itu… sebenarnya agak membosankan.”​

Suatu hari musuh baharu telah datang ke hero terkuat dan penuh kesantaian ini. ​

Adakah hari ini akhirnya hari untuk dia menjadi serius?​

Laman Web Rasmi ‘One-Punch Man’​

Official ‘One-Punch Man’ Anime Website

©ONE, Yusuke Murata/SHUEISHA, Hero Association HQ​

Mengenai MapleStorySEA​

MapleStorySEA adalah salah satu MMORPG terbesar dan tidak dapat dipertikaikan lagi sebagai raja permainan video 2D side-scrolling sejak pelancarannya di Singapura pada tahun 2005. Pemain boleh mengembara ke pelbagai benua untuk merasai pengalaman penuh dengan penceritaan berbeza termasuk quest dan misi berbeza! Pemain boleh memilih 45 jenis class berbeza, menguatkan senjata dan kelengkapan untuk berlawan raksasa bersama-sama pemain lain.​

Mengenai PlayPark​

PlayPark, penerbit permainan video atas talian di Asia Tenggara yang berada di bawah naungan Asiasoft Corporation Public Limited. Mereka kini mempunyai staf di enam negara iaitu Thailand, Singapura, Filipina, Malaysia, Indonesia dan Vietnam. PlayPark telah melancarkan lebih 175 permainan PC dan mudah alih tanpa mengira genre, termasuk MMORPG, SRPG, Casual, FPS, dan MOBA. Lebih 29 permainan video kini sedang beroperasi. Selain daripada perkhidmatan permainan video, Asiasoft juga memahami pelbagai jenis keperluan dan keutamaan pasaran yang ada termasuk satu pasukan yang menyeluruh di Asia Tenggara. Hal ini sekaligus menjadikan pelancaran permainan video yang berjaya untuk mengendalikan pelbagai jenis permainan video.​

Mengenai NEXON Co., Ltd.​

Ditubuhkan pada tahun 1994 dan kini berpusat di Tokyo, Nexon merupakan peneraju global dalam penghasilan, pembangunan, dan operasi permainan atas talian. Setelah disenaraikan buat pertama kali di Bursa Saham Tokyo pada Disember 2011, Nexon turut tersenarai dalam JPX400, Indeks Saham Nikkei 300, dan Nikkei 225. Nexon kini mengendalikan lebih daripada 40 permainan yang beroperasi di sekitar 190 buah negara merangkumi platform PC, konsol, dan mudah alih. Antara francais permainan yang termasuk adalah MapleStory, KartRider dan Dungeon & Fighter. Pada tahun 2024, syarikat ini memperkenalkan Inisiatif Pertumbuhan IP berbilang tahun yang memperincikan pertumbuhan menegak melalui pengalaman baharu dalam francais sedia ada, serta pertumbuhan mendatar melalui penciptaan tonggak baharu dalam portfolio IP Syarikat.​

RELATED NEWS

+