Magic: The Gathering (MTG) akan membawa masuk dunia Avatar: The Last Airbender (ATLA) dalam koleksi Universes Beyond.
Set kad kali ini akan menggabungkan MTG dengan kesemua empat elemen atau bending dari siri animasi terkenal ini.
Set ini juga akan mempunyai pelbagai ilustrasi unik terutamanya babak-babak penting penceritaan ATLA dari trilogi Book One, Two dan Three.
Mekanik baru diperkenalkan “Bending”
Satu mekanik baharu akan diperkenalkan untuk set ini iaitu “Bending”.
Setiap elemen akan mempunyaik teknik bending berbeza-beza mengikut elemen sedia ada.
Air Bending: Exile kad. Ketika exile, pemilik kad dapat menggunakan kad yang telah di-exile tersebut dengan 2 mana tanpa mengira kos mana kad itu.

Water Bending: Waterbend membenarkan pemain untuk tap artifacts dan creatures untuk membantu dalam kos specifik untuk satu ability waterbend.

Earth Bending: Pemain boleh menukarkan land yang anda kawal untuk menjadi creature yang mempunyai haste, zero power dan toughness.

Fire Bending: Tambah beberapa jumlah red mana apabila creature anda dengan Firebend menyerang.

Set-set MTG x Avatar
Tiga hasil seni kad baru:
- Borderless
- Battle Pose
![TLA] Borderless battle pose variants - Fire Lord Zuko and Toph, the First Metalbender : r/magicTCG](https://preview.redd.it/tla-borderless-battle-pose-variants-fire-lord-zuko-and-toph-v0-1hj63hg7qmif1.jpg?width=640&crop=smart&auto=webp&s=ecb2a65f66263a8b11eb19b2aaaf6e09e802c1e8)
- Source Material

Prerelease
Setiap kotak akan memberikan kad promosi khas mengikut warna yang anda pilih.
![]()
Play Booster
Di mana anda mendapatkan kesemua kad yang ada dalam kolaborasi ini.

Beginner Box
Beginner Box khas untuk pemain-pemain baharu di mana dalamnya akan mempunyai 2 dek iaitu Deck Aang dan Zuko.
![𝗣𝗥𝗘-𝗢𝗥𝗗𝗘𝗥] Magic: The Gathering Avatar The Last Airbender Beginner Box - MYTOY](https://mytoy.com.my/wp-content/uploads/2025/10/mtgtla_en_otrbx_beginnerbx_01_03-800x800.png.webp)
Scene Box
Scene Box adalah kotak istimewa yang mempunyai kad hasil seni yang boleh digabungkan menjadi satu hasil seni lebih besar.

MTG x Avatar: The Last Airbender akan dilancarkan secara global pada 21 November 2025 ini.
Set ini diwujudkan khas buat peminat ATLA dan MTG. Jangan lupa sokong kedai-kedai kad tempatan berdekatan.

setahun yang lepas