Palworld bakal lancar TCG Julai tahun ini

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Palworld secara rasmi akan melancarkan Trading Card Game (TCG) mereka sendiri dengan kerjasama bersama Bushiroad.

Berdasarkan laporan dari laman web rasmi Palworld Official Card Game, TCG ini akan dilancarkan pada 30 Julai 2026.

Palworld telah membuat satu perubahan besar buat dunia permainan menangkap raksasa dan terbukti dengan populariti mereka.

Pemain perlu menggunakan pelbagai jenis Pal, menggunakan ciri-ciri unik mereka untuk mengumpul sumber, dan membina kubu untuk menang.

Palworld TCG dilancarkan pada Julai 2026

TCG ini direka untuk permainan kompetitif diantara dua pemain termasuk idea-idea penting dari permainan Palworld termasuk tema survival.

Foto: PocketPair

Permainan ini akan menggunakan gabungan mengumpul Pal, pengurusan kubu dan perlawanan taktital.

Setiap Pal mempunyai kelebihan masing-masing membolehkan pemain menggunakan pelbagai jenis strategi mengikut Pal yang digunakan.

Setakat ini masih belum ada harga, senarai kad atau deck yang diumumkan.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi Palworld Official Card Game.

RELATED NEWS

+