Lagenda Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari kini dalam eFootball

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Permainan video sukan eFootball baru-baru ini telah memasukkan lagenda bola sepak negara Mokhtar Dahari.

Menambah perkongsian dari Threads, @tun_faizalsalleh yang berkongsi keterujaan apabila dia mendapat lagenda Mokhtar Dahari.

“Hari ni buka eFootball ada player legend, SuperMokh weh! Teruja yang amat aku,” katanya.

Foto: eFHUB

Konami baru-baru ini telah memperkenalkan pek baharu di bawah kempen Nationl Legends eFootball.

Mokhtar Dahari hanya wujud di tiga platform sahaja iaitu iOS, Android dan PlayStation.

Foto: Threads

Pek ini boleh dibeli dengan 900 coins atau pembelian dengan harga RM2.90.

Foto: Konami

Antara nama legenda lain yang turut boleh didapatkan pemain ialah  Atep Rizal (Indonesia), Kiatisuk Senamuang (Thailand), Denílson (Brazil) dan Park Ji-Sung (Korea Selatan).

 

RELATED NEWS

+