Pusingan grouping ThinQ Esports Championship (TEC) 2021 baru sahaja selesai dan membawa 8 pasukan ke pusingan playoffs. Pasukan-pasukan yang layak ini akan bertemu 8 pasukan jemputan yang berpengalaman dalam dunia e-sukan MLBB.
Ini senarai pasukan yang sudah melayakkan diri ke pusingan playoff TEC 2021:
- MADNESS ESPORTS
- RICHIE ESPORT
- PIKAPIKA ESPORTS
- REAPERZ AKATSUKI
- JERUNG MERAH
- REVOLTA X
- REVOLTA ESPORTS
- TEAM DRAGONICA
WELCOME TO PLAYOFF TEC 21 🥳📸
Tahniah diucapkan kepada 8 Juara Grouping yang berjaya menempah slot ke Playoffs TEC 21. Mereka akan berjumpa dengan 8 Pasukan Jemputan di Playoff nanti.#TEC21 #GamesmyEsports #MoontonStudentLeaders #WearZush #realme #MobileLegends #Malaysia pic.twitter.com/YzXplYLUkn
— GamesMY Esports (@gamesmyesports) November 9, 2021
Beberapa pasukan dijemput ke TEC 2021 akan turut serta dalam pusingan playoffs bagi merebut gelaran juara serta wang tunai sebagai hadiah utama kejohanan ini.
Pasukan-pasukan yang dijemput adalah seperti berikut:
- EVOS SG
- YOODO RSG
- GEEK FAM
- TODAK
- HOMEBOIS
- ORANGE ESPORTS
- RED ESPORTS
- SDGR EA EBLIZ
WELCOME TO PLAYOFF TEC 21 🥳📸
Inilah, 8 Pasukan Jemputan untuk Playoff TEC 21. Mereka akan berjumpa dengan 8 Juara Grouping daripada Qualifier TEC 21 di Playoff nanti.#TEC21 #GamesmyEsports #MoontonStudentLeaders #WearZush #realme #MobileLegends #Malaysia pic.twitter.com/ZDw1MYfYf7
— GamesMY Esports (@gamesmyesports) November 9, 2021
Cabutan penentuan perlawanan antara pasukan akan dilakukan pada jam 10 malam hari ini di laman Facebook rasmi di sini.
Perlawanan playoffs akan berlangsung pada 13 dan 14 November dan akan bermula pada jam 10 pagi hingga 11 malam. Jangan lepaskan peluang menonton 16 pasukan ini merebut gelaran juara serta kumpulan hadiah sebanyak RM10,000 di laman Facebook GamesMY Esports.

setahun yang lepas