Pembangun MU Archangel Webzen kini disaman Suruhanjaya Pesaingan Korea Selatan kerana mengubah probabiliti gacha.
Menurut laporan, Webzen sudah disaman sebanyak KR₩158 juta (RM442 ribu).
Dalam MU Archangel peratusan rare drops diubah dari apa yang dipaparkan.
Ketiga-tiga jenis draw tiket yang ada di dalam MU Archangel mempunyai pembelian minimum yang disembunyikan.
Senarai menunjukkan peratusan adalah 0.88% atau 0.286% tetapi peratusan itu adalah sebenarnya kosong sehingga pemain mencapai 50 ke 149 pulls.

Foto: Webzen
Isu ini mula disedari pada awal tahun lepas dan Webzen telahpun memohon maaf mengenai kesilapan probabiliti dan mengatakan ia cuma masalah paparan sahaja.
Mereka juga telah memberikan wang pembelian semula tetapi Suruhanjaya Pesaingan Korea Selatan mendapati mereka hanya membayar 860 pemain sahaja daripada 20,000 pemain yang sepatutnya mendapat wang mereka semula.

Foto: Webzen
Ketika dalam penyiasatan, Webzen telah berjaya mendapatkan lebih KR₩6.7 bilion (RM18 juta) dari gacha. Webzen mengatakan kegagalan pembayaran semula adalah kerana proses yanmg memakan masa dan mereka mahu mengelak dari perkara ini berlaku lagi.
Penerbit permainan video besar seperti Krafton, Gravity, Com2uS dan WeMade di Korea Selatan juga telah disiasat untuk isu yang sama .
Nexon juga telah dikenakan saman yang sama kerana menipu pemain MapleStory dan Bubble Fighter.

setahun yang lepas